tidak aku nafikan kehidupanku dipenuhi pelbagai dugaan dan cubaan yang seringkali aku tewas untuk menghadapinya. kemanakah kekuatanku selama ini. adakah aku sudah benar-benar tewas dalam perjalanan hidupku? aduh harus bagaimana aku bangkit dari kemelut diriku ini.
kadang-kadang aku rasa hina. kadang-kadang aku rasa diriku seperti sampah. kadang-kadang aku rasa tak berguna,rasa mahuku bunuh sahaja diriku. namun iman sebesar zarah ini mampu menenangkan diriku. kenapa aku harus diuji semua ini. aku kecewa,kecewa dengan diriku ini. aku tewas dengan semua ujian yang diberi. sedih bila ku kenang kembali kesilapan ku yang lalu. tapi aku tidak cukup kuat untuk menempuhi semua itu.
kawan-kawan apa yang harus aku lakukan. aku masih terkapai-kapai mencari identiti aku. aku rasa aku telah musnahkan harapan ramai orang dalam hidupku. harapan mama, ayah, afif, adli, opah, ayah beso, ayah ngah, ayah cik, acu dan lain-lain yang terlalu panjang untuk ku sebutkan di sini. kawan-kawan aku telah hanyut dibuai angan dan mimpi indah hinggakan aku terus leka dan alpa. kawan-kawan aku rasa diriku tidak layak untuk berjuang bersama-sama kamu. aku malu untuk berhadapan dengan kamu. aku malu untuk terus hidup di bumi Allah ini. mengenangkan dosa-dosa yang semakin banyak aku lakukan.
aku telah sedaya upaya berdoa, tingkatkan amalan ku tapi aku masih belum kuat melawna nafsu ku. biarpun berkali-kali aku bertaubat tapi aku lemah dengan segala ujian biarpun kadang-kadang aku rasa aku mampu hadapi. bodohnya diriku. aduh aku patut mati. tak selayaknya hidup di sini. ku tahu iman ku bukan seperti malaikat, sentiasa kekal, tidak seperti Muhammad yang sentiasa melonjak. iman ku ibarat roda, adakala berada di tahap yang tinggi, dan adakala berada di tahap yang sangat rendah dimana pada waktu itulah aku sering kali gagal.
ya Allah, ku tahu pengampunan-Mu luas. ku tahu Kau maha penyayang, maha pengampun. tolong ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk ku hadapi ujian yang kian bertambah berat. berikanlah aku ketetapan terhadap prinsip hidupku. jangan Kau biarkan aku terus leka. aku malu,malu dengan Mu ya Allah. ya Allah aku berserah kepada Mu apa jua ketetapan yang Kau telah tetapkan buatku. aku redha segala apa yang akan terjadi.
Salam~
ReplyDeleteSeorang kawan pernah gitau ceq, jangan fokus pada problem, fokus pada solution.
Yang berlalu, biarkan berlalu. Yang mendatang, persiapkan dirimu menghadapinya.
Moga hang diberi petunjuk untuk menghadapi setiap urusan hang.
kak izat..macam penah dengaq nasehat tuh..^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSebagai pembuka aksara, biar ku ungkapkan di sini bahawa kehidupan itu penuh ranjau dan onak. Namun begitu, berbondong-bondong manusia telah mengorak langkah pada jalan yang jauh lebih mengerikan. Baginda Rasulullah s.a.w pernah dipulau oleh kaum kerabat dan masyarakat sendiri, pernah dimaki dan dihamun oleh bapa saudaranya sendiri. Namun, baginda tetap tabah mengharungi kehidupan untuk menyebarkan Islam. Perginya Rasulullah s.a.w hanya di atas tikar, di dalam rumah yang isinya hanya baginda dan isteri, di Hijaz yang panas terik. Bukan di mahligai dihias permata, bukan di atas katil empuk berlapik sutera, bukan di taman yang nun menghijau sejauh mata memandang. Inilah saat permergian manusia paling agung yang pernah berjalan di atas muka bumi ini. Lihat betapa kehidupannya dirantai cabaran, dibelenggu kepayahan,dicengkam kezaliman. Namun, lihat di akhir perjalanan hidup baginda, Islam berkembang ke seluruh dunia. Begitu juga dengan kehidupan saudara, kepayahan yang Dia beri hanyalah kerana kasih-Nya kepada saudara, untuk melayakkan saudara menikmati syurga-Nya kelak insya-Allah. Oleh itu, bersabarlah wahai sahabat, kasih Allah itu amatlah luas. =)
thanks every one for supporting me....
ReplyDelete