About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Sunday, July 26, 2009

3weeks gone....

Kawan-kawan, dah 3 minggu aku menjadi pelajar perubatan IIUM kampus kuantan. hurm rasa macam susah jugalah. hari-hari kena study. tak boleh tangguh buat revision. semua kena cover dalam tempoh seminggu, kalau tak jadi betimbun-timbun. tapi mustahillah nak hafal semua anatomy untuk 3bulan. boleh gila aku. tapi daripada nasihat senior, kenalah selalu aware dengan perkataan "this is very important" semasa lecture. sebab bahagian tu la yang berkemungkinan besar masuk exam.

sekali fail menjadi lumrah dalam kuliyyah perubatan ni. cuma aku kena sentiasa kuat semangat untuk study. jangan cepat putus asa. bak kata shariff, putus asa sifat syaitan. takut aku.

emm dah masuk kuliyyah perubatan ni tak ada masa aku nak ambil tahu pasal politik. alih2 pilihan raya manek urai dah selesai. pas menang tipis 65 undi majoriti. bangga si najib. tapi pengajaran juga buat pas. jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang. rakyat mudah lupa apanila ditaburkan dengan wang yang banyak. macam dekat perak. ramai dah mula suka dengan bn walaupun tak sampai setahun bn rampas kuasa secara tidak bermaruah. mereka lupa kut apa bn dah buat sepanjang 50thn perintah perak. kejap je tu. tak lama lagi bubar dun. kerajaan kudeta haram bn tak dapat guna duit sebab cek yang dikeluarkan tak sah. zambry pun tak dapat gaji as MB. kesian kat family dia nanti. kesian juga kat zambry tu. jadi boneka najib. sokonglah juga zambry sebab graduan uia. bkn salah dia pun rampas kuasa. tapi kadang-kadang ada tindakan dia yang kurang disenangi rakyat perak sebab nak ikut IR nizar. macam tak da personaliti sendiri. dah la tu kutuk nizar terang2 pasal polisi nizar tapi dia teruskan juga. tak fahamlah aku. hah cakap pasal politik tak kan berhenti aku ni.

banyak nak kena cover. biochem tak faham sgt. anat baca mcm2 tu je. tak pe lah. janji study. hidup islam. hidup pakatan rakyat. TAKBIR!!!!!

Nak Kahwin Duit Tak Ada

Ku kenal dia
Aku jatuh cinta
Oh sungguh manisnya
Aduh manisnya

Tapi apa daya
Ingin ku meminangnya
Duit tak ada
Aku hampa

Di mana ku cari
Mintak pada ayah mintak pada ibu
Pinjam pada abang pinjam pada kawan
Aku malu

Duit tak ada
Tapi hati ingin kawin
Apa daya ku
Woohh woohh kawan

Sunday, July 12, 2009

Tazkirah penawar hati, penyubur jiwa.

Tazkirah merupakan peringatan kepada kita sebagai seorang muslim. Tazkirah merupakan makanan rohani kita. Sama seperti jasmani kita yang memerlukan makanan, begitulah jiwa rohani kita. Jika lapar kita pasti mencari makanan yang sedap-sedap. Sama seperti hati, jika kering dan tak dibajai maka hancur leburlah hati kita.

Andai hati tidak dibaja dengan tazkirah dan peringatan serta zikrullah, maka hitamlah hati kita, mudahlah kita terjerumus dalam kancah maksiat. Kita melihat hati yang hitam ini dari pelbagai sudut. Kadang-kadang kita melakukan maksiat kita akan rasa menyesal. Bawah dari itu kita akan rasa biasa dengan maksiat, bawah dari itu kita akan rasa seronok dengan maksiat, dan bawah dari itu kita akan rasa ingin membela maksiat. Itulah seburuk-buruk hati yang sudah penuh dengan dosa dan noda, titik hitam yang menggelapkan hati kita.

Bagaimanapun masih ada peluang untuk kita kembali menyesali kesilapan. Kita hendaklah sentiasa beristighfar, kesal dengan kesalahan yang dilakukan, mulakan dengan taubat yang ikhlas, mulakan dengan sedikit demi sedikit. Sentiasa mendampingi insane yang baik yang mampu memperingati Allah. Allah telah berfirman dalam al-Quran surah az-zumar ayat 53 dan 54:
“Katakanlah , ‘wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah engkau berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah yang maha pengampun dan maha penyayang.’ Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah diri kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong”

Jadi sahabat-sahabat, andai kata kita masih melakukan dosa, segeralah bertaubat. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita berhak mendapatkan pengampunan Allah. Allah suka akan hamba yang merayu kepadaNya. Wallahualam.

Saturday, July 11, 2009

Amalan bersedekah Amalan mulia

alang-alang dah lama tak menulis ni baik la aku tulis 2 post skali gus. sekadar untuk perkongsian kita bersama. kalo tak takda la namanya tazkirah.

sedekah ni amalan yang mulia. kita dapat hulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. memberikan sumbangan kepada yang susah. membantu kepada yang berada dalam serba kekurangan. seperti firman Allah dalam surah Al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud:

"bantulah kamu antara satu sama lain ke arah kebaikan, tapi janganlah kamu membantu antara satu sama lain kearah kemungkaran dan dosa"

bersandarkan ayat ini kita dapatlah kita rumuskan bahawa kita hendaklah menolong seseorang yang memerlukan kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan yang menganjurkan kearah kebaikan.

dalam surah Al-Baqarah ayat 245 Allah berfirman:
" barang siapa yang menginfakkan harta ke jalan Allah dengan baik maka Allah akan melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan rezeki dan kepada-Nya kamu dikembalikan"

dalam ayat ini menyatakan bahawa kita amatlah digalakkan untuk menyumbangkan harta atau bersedekah pada jalan Allah. janganlah kita khuatir tentang rezeki akan berkurangan. kalau niat kita betul nescaya Allah akan gantikan dengan rezeki yang banyak. kerana Allah itu maha pemberi rezeki. Dialah yang mengaturkan rezeki untuk kita.

oleh itu marilah kita sama-sama mengeluarkan sumbangan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan, sama seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 215 yang bermaksud:
"harta apa sahaja boleh kamu infakkan(sedekah)dan hendaklah diberikan kepada kedua ibu bapa, anak yatim, orang miskin, dan orang yang dalam perjalanan(musafir)"

jadi aku nak menyeru kepada semua marilah kita memupuk amalan sedekah kerana Allah telah memberikan jaminan rezeki yang berlipatkali ganda kepada mereka yang besedekah.
sekadar perkongsian dari diriku untuk dirimu. wallahua'lam.

Taaruf week...IIUM kuantan

Lama dah aku tak post kat sini. busy dengan pendaftaran masuk ke kuantan. Fuh penat aku sepanjang minggu taaruf. so aku just nak share la cerita beberapa hari sebelum, semasa mendaftar ke iium kuantan. aku bertolak awal. mama aku nak sgt jalan2 ke terengganu. ish3. antara yang ikut nk hantar aku cam opah, 4 org kazen aku selain family aku. Aku bertolak ptg ahad. perjalanan mmg memenatkan. jauh gila. dah la dgn kereta avanza yg macam tin ikan sardin. padat. baru aku rase camne member2 aku yg dtg dari pantai timur untuk pulang ke kampung. mmg penat gile. hahaha. aku smpi ke cherating pd pukul 10 mlm. terus punggah barang n tido. thanks to asma sebab carikan tempat utk family aku utk stay malam tu. to syuha pun terima kasih la sbb bg byk nombor tmpt penginapan. huhuhu.

keesokan harinya aku n family pergi la mandi kat pantai cherating tu. best la gak. mama aku punya excited pergh mngalahkan budak2 4thn. hahaha. 1 pengalaman yg aku x boleh lupa. aduh ai. elok je tgh mandi tetiba je seluar aku koyak. sbr je la. cepat2 aku balik. kne la cover. baik punya cover. hahaha klaka je.

tgh hari tu aku n family pergi la ke terengganu. cadang nak pergi sampai ke kuala terengganu. tp bile tgk 200km ke k.terengaganu. aku pikir 2 kali. hahaha. jauh gila. sampai la ke kerteh. tempat byk minyak. haha kazen2 aku yg kecik2 cam kagum tgk api kuar dari cerombong kilang process minyak tu. hahaha mcm2.

7 julai, hari aku melangkah masuk ke iium kuantan, bkan sbg pelawat, tetapi sbg seorg yg bergelar mahasiswa. fuh cam cuak gak aku. akhirnya semua selesai. alhamdulillah. pendaftaran lancar. aku pun check in kat im2. mahallah for brothers. jauh gak dari campus. kne la cari knderaan nnt. bas pun kdg2 x tentu even uia sediakan bas shuttle.

mase minggu taaruf lagi la penat. fuh dengan pakai batik, yg x basuh2, latihan baiah, mcm2. mmg penat. tp bila dah abz, cam lega sgt2. hahahaha. semoga perjalanan aku di sini di rahmati Allah. doakan kejayaan aku utk kesejahteraan ummah Islam.