About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Monday, December 20, 2010

Untuk semua penerima biasiswa JPA UIAM kampus kuantan

Pada mulanya saya teleh menelefon pihak JPA untuk menanyakan status biasiswa kami. mereka memberitahu yang pihak UIAM tidak memaklumkan mengenai tarikh bermulanya semester2 2010/2011. Mereka menjawab sekiranya dapat maklum balas daripada UIAM maka mereka akan segera membuat pembayaran. Lantas saya berjumpa dengan En Mohd Noor pegawai di OSC. Ini serba sedikit maklumat yang saya dapat selepas berbincang dengan pegawai OSC UIAM kampus Kuantan.
Buat masa sekarang terdapat beberapa masalah yang timbul antaranya hujung tahun JPA perlu mengemaskini akaun mereka dan ada juga beberapa pegawai mereka yang bercuti sempena cuti sekolah maka disebabkan itu proses pemberian biasiswa sedikit lewat. Pada mulanya JPA akan membayar elaun kita pada tahun hadapan paling lewat pun hujung bulan 1. Tapi setelah dirayu maka JPA bersetuju untuk memberikan elaun kepada kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian selewatnya pada hujung tahun 2010. Bagi lain2 jurusan mereka akan mendapat elaun mereka pada bulan 1 2011. Buat masa sekarang pihak JPA telah pun menghantar senarai nama penerima biasiswa JPA untuk di kemaskinikan data mereka oleh UIAM Gombak. Mereka meminta pihak universiti mengemaskini status penerima JPA samada masih meneruskan pelajaran, bercuti sakit, dan sebagainya. Pihak JPA juga ingin kemaskini keputusan peperiksaan semua penerima biasiswa JPA. Sekarang proses tersebut berada pada peringkat akhir dan kesemua data akan dihantar kepada JPA selewat-lewatnya pada hari Rabu 22/12/2010. Dan selepas itu barulah pihak JPA akan membuat pembayaran elaun secepat mungkin.
Jadi diharapkan kita dapat sama-sama berdoa agar segala urusan pihak JPA dapat dipermudahkan oleh ALLAH. Semuanya ketentuan ALLAH. Kita hanya merancang ALLAH tentukan. Pengajaran disini, pandai-pandailah kita membuat budget or perancangan perbelanjaan. Pastikan kita asingkan awal-awal wang untuk kegunaan kecemasan seperti ini. Alhamdulillah setiap kali dapat biasiswa saya akan simpan sedikit untuk kegunaan kecemasan. Jadi sama-sama berdoa semoga kita cepat dapat biasiswa JPA kita. INSYAALLAH.

p/s: kalau tersalah harap maaf. sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi sahaja. harap maklum dan bersabar.

Sunday, December 19, 2010

Accident, again??? Ujian Allah...

Assalamualaikum. Aku accident lagi. Sedih2. Tapi aku terima dengan redha. Ini ujian Allah. Sabar menghadapi ujian-Nya kerana Allah mengetahui sejauh mana tahap kesabaran kita dan kita tidak akan melainkan Allah tahu kita mampu hadapinya. Agak terlewat aku post kali ini sebab ada 1 lagi ujian Allah dengan Allah menarik sebentar nikmat mempunyai kemudahan internet. Jenuh aku mengulang dari rumah ke KOM semata-mata mencari access kepada dunia luar. Tak mengapa kerana segala usaha kita jika niat kerana Allah pasti akan mendapat ganjaran dari-Nya.

Ok, kemalangan tersebut berlaku pada hari Isnin 13/12/2010. Punyalah nak menguji kemahiran menukar minyak hitam kereta aku, aku pun beli la kat Cosway. Orang cakap minyak hitam dia bagus. Tapi sebenarnya yang aku tak tahu adalah minyak hitam ni banyak jenis. Yang sesuai untuk kancil retro aku tu 10w 30 or 5w 30. aku pun tak tahu apa benda tu. Tu pun dapat tahu lepas dah tukar minyak tu dan bila akan test drive tetiba je kereta berasap. Panic aku dibuatnya. Terus aku pun buang la minyak tu.

Selepas magrib aku pun bersiap-siap nak pergi beli minyak hitam yang baru. Kali ni aku pergi ke stesen minyak shell yang berhampiran dengan TAJ depan masjid TAA. Sampai-sampai aku pun tanya la mamat yang jaga kat kaunter tu "Minyak mane yg boleh gune untuk kancil." Borak-borak last-last aku beli la minyak ape ntah tapi memang sesuai untuk kancil. Aku pun bayar n terus pulang ke rumah.

Pada ketika inilah kejadian itu bermula. Selepas trafik light aku pun buat U turn untuk berpatah balik ke rumah. Sampai sebelum simpang 4 yang menghala ke UIAM, aku dapati lampu jalan di situ tidak berfungsi. Teruk betul JKR KUANTAN, lampu jalan pun tak nak repair. Aku pun bawa je motor tu, tiba-tiba aku tidak sedar beberapa meter dihadapan ada seorang pakcik lebih kurang 50-an sedang berjalan kaki. Dalam keadaan yang tergesa-gesa aku pun cuba mengelak pakcik tu tapi tidak berhasil. Aku merempuh sebelah kiri pakcik tu sehingg dia tersungkur jatuh di bahu jalan. Aku terbabas beberapa meter dari pakcik tu. Hampir-hampir aku merempuh signboard tapi alhamdulillah aku sempat mengelak. Lalu aku terjatuh. Namun alhamdulillah tiada kecederaan serius cuma luka-luka kecil di kaki esp. kat ibu jari. Kuku jari aku tercabut. Selepas itu dalam fikiran aku hanya ingat Allah dan keadaan pak cik tu. Aku terus bangun pergi ke pakcik tu. Dalam hati mesti mati orang tua ni. Alhamdulillah pakcik tu selamat. Cuma pendarahan kecil di kepala dan lengan. Rupa-rupa pakcik tu pesakit mental. Perkara pertama yang dia minta "rokok ada tak?" Pening aku nak jawab. Kebetulan sewaktu pelanggaran ada seorang abang ni, dah kahwin kut pun berada di situ. "Saya ingat awak terbabas sendiri, rupa2 terlanggar orang, nasib baik saya tak gilis pakcik tu." Memang betul, tak da sape boleh perasan kehadiran pakcik tu kat tepi jalan.

Lepsa tu aku terus call hamzi dan kami membawa pakcik tu ke hospital. Di hospital pakcik tersebut dirawat di zone kuning kalo tak silap dan kemudian dibenarkan pulang. Aku pula menerima rawatan di zone hijau. Tak ku sangka yang merawat aku tu DR lulusan UIAM. Bangga2. Yang kelakarnya bila dr tu tanya

dr: belajar lagi ke??
aku: ye, kat uia.
dr: course ape??
aku: medic 2nd year.
dr: owh, esk ade kelas??
aku: ade.
dr: kelas ape??
aku: kelas ape ek, emmm hah thyroid disorder. skrg block reproductive and endocrine system.
dr: owh, dr maung maung cho ade tak?
aku: ade2..

dari situ aku dah agak ni mesti dr lulusan UIA. hahaha tergelak sendirian aku. dr tu tanya, "esok boleh tak pergi kelas?" Aku pun bodek la, "emm bagi la MC." Dapat juga MC 1hari. dr suh rehat takut ada any trauma.

kesimpulannya, aku dah tak nak tukar minyak hitam sendiri, nak bawa motor 20km/j kalau lalu kawasan gelap dan kena la selalu membaca doa sebelum memulakan apa-apa jua aktiviti. Hu3. Wassalam.

Friday, December 17, 2010

Hukum Tahlil Arwah

Alhamdulillah, Dia yang telah menemukan kita melalui satu daripada rahmat-Nya, iaitu internet, untuk berbicara tentang ayat-ayat-Nya yang kita tidak ragukan kebenarannya.

Topik ini menyentuh amalan yang luas diamalkan oleh masyarakat Islam. Ia juga melibatkan perasaan orang-orang yang hidup terhadap orang-orang yang mereka kasihi yang sudah meninggal dunia.

Jawapan kami kepada soalan itu pula adalah yang bertentangan dengan amalan-amalan tersebut. Kerana itu ia akan mengganggu perasaan sesetengah pembaca. Harap maaf.

Jawapan dimulakan dengan sedikit keterangan mengenai orang yang meninggal dunia. Setelah dia meninggal dunia, dia atau nafsnya (jiwanya) diletak di suatu tempat di mana sebuah tembok, atau barzakh, diadakan untuk memisahkan dia dengan segala yang lain. Firman-Nya,

"apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka ....... dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan" (23:99-100).

Tembok itu pula tidak mampu ditembusi oleh apa-apa atau sesiapa jua. Maka apa saja yang "dikirim" kepada orang yang sudah meninggal dunia, seperti dalam bentuk tahlil, tidak akan sampai kepadanya.

Ia juga termasuk hadiah bacaan ayat-ayat al-Qur'an yang turut tidak sampai kepada orang-orang yang sudah mati. Lagipun, seperti kata Allah, ayat-ayat-Nya adalah untuk orang-orang yang hidup sahaja. Firman-Nya,

"Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. Supaya dia memberi amaran kepada sesiapa yang hidup," (36:69-70)

Tidak juga berguna bagi orang-orang yang meninggal dunia ialah doa orang-orang yang hidup. Tidak ada doa seperti itu yang diajar di dalam al-Qur'an. Namun begitu, terdapat satu doa tetapi bukan untuk mereka yang sedang mati di dalam kubur. Doa tersebut adalah untuk mereka pada Hari Kiamat, dan ia berbunyi,

"Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan." (14:41)

Malah, di dalam kitab amalan seseorang, yang dia akan terima pada Hari Kiamat, tidak terdapat catatan atas apa yang dikirim kepadanya setelah dia meninggal dunia. Kitab itu hanya mencatatkan segala apa yang dia sendiri telah dibuat semasa dia hidup. Firman Allah,

"Inilah Kitab Kami, yang berkata-kata terhadap kamu yang benar; Kami mencatat segala apa yang kamu buat." (45:29)

Tambahan lagi, tiap-tiap jiwa akan hanya dibayar atau dibalas atas apa yang dia sendiri mengusahakan. Bukan yang diusahakan oleh orang lain kepadanya. Ayat-ayat berikut menjelaskannya:

"Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi." (2:281)

"Kerana Allah akan membalas tiap-tiap jiwa atas usahanya (sendiri);" (14:51)

Sesungguhnya, segala usaha adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Firman-Nya,

"Tiap-tiap jiwa mengusahakan hanya terhadapnya sendiri" (6:164).

Kesimpulannya, tidak terdapat sebarang bukti daripada al-Qur'an bahawa Allah telah mensyariatkan sebarang kiriman kepada orang-orang yang sudah meninggal dunia. Lantaran itu, dalam agama-Nya, amalan-amalan seperti tahlil, hadiah bacaan al-Qur'an, dan doa demi menolong orang-orang yang meninggal dunia, seperti yang dilakukan oleh orang-orang daripada sesetengah agama lain yang mengirim sesuatu kepada orang-orang yang mati, adalah hanya membazir sahaja. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir.

Thursday, December 9, 2010

Arsenal...bila nak dapat Cup ni...Haish...

Assalamualaikum.. emm rehat sekejap kat blog ni...dah lama tak menulis...

Tajuk ni saje aku pilih sebab saje nak pilih...ha3...Arsenal kelab yang aku sokong sejak aku darjah enam lagi...minat terhadap Arsenal ni bermula sebab:

1) 1st jersey bola yang aku dapat adalah jersey Arsenal...tak silap aku masa tu aku darjah 4@5 camtu...memang jahil langsung pasal EPL..

2) sebab sume sedara mara aku penyokong man utd & liverpool...so aku pikir ramai la plak penyokong man utd & liverpool...so aku decide la untuk sokong arsenal...

Sejak dari itu aku menjadi peminat setia Arsenal...boleh kate sume player arsenal aku kenal...Tahun 2003/2004 tahun yang paling aku tak boleh lupe...season tu Arsenal menang EPL tanpa kalah n berterusan sampai ke musim 2004/2005...49 games unbeaten akhirnya pecah kat tangan man utd...sejak dari itu sampai sekarang sudah 5 musim Arsenal tak dapat Cup langsung...sedih2...

1 perkara lagi pada 2006 Arsenal bersetuju untuk mempromosikan produk pelancongan Israel...contract telah ditandatangani untuk tempoh setahun sahaja...musim itulah arsenal kena kutuk hebat sebab jalin hubungan dgn zionis...sehinggakan ade beberapa penyokong arsenal melakukan demonstrasi mahukan Arsenal membatalkan contract dgn Israel di london...

itulah serba sedikit kenapa aku sokong arsenl...ramai player muslim kat arsenal...contoh samir nasri, marounne chamakh yg merupakan salah seorang pemain muslim dalam skuad arsenal...semoga hidayah akan kekal dalam sanubari hati mereka...

semoga Arsenal terus maju dan menang Cup untuk season ni...selamat berjaya arsenal...

Saturday, November 27, 2010

penjelasan hadis lidah kelu tak diam ketika azan

assalamualikum, saya sering mendapati dalam web2 satu hadis yg berbunyi
''"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
adakah hadis ini sahih?
----- al- jawab:
Wa’alaikumussalam warah matullah.
Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang haram. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW dan para sahabat baginda sendiri yang pernah bercakap ketika azan.

A) Status Hadis yang ditanya:
Berkenaan Hadis yang ditanya ianya adalah TIDAK SAHIH (samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij (setakat pencarian saya, saya tidak menjumpai hadis ini), malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil Sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-cakap ketika azan.

Selain itu antara tanda lain yang menunjukkan hadis ini adalah Tidak Sahih adalah ia memberi ancaman yang besar dan berat atas kesalahan yang kecil (yang merupakan ciri-ciri umum hadis Dhaif dan Palsu), iaitu dalam kes ini ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan, maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir maut, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja.

Malah Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang fiqh ada meletakkan bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ dalam kitab Sahihnya, dan dalam bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ ini Imam Bukhari memasukkan hadis-hadis dan athar-athar yang menunjukkan bolehnya bercakap-cakap ketika azan iaitu:

1) تَكَلَّمَ سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ فِي أَذَانِهِ
Maksudnya: Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang (berkata-kata) sewaku ia mengumandangkan azan – athar (tanpa sanad) riwayat al-Bukhari dalm Sahihnya, bab ‘’berkata-kata dalam azan’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’dikeluarkan (secara penuh dengan sanad) oleh al-Bukhari dalam kitab Tarikhnya dan sanadnya Sahih’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’ , Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jilid 2, m/s 419, dan Tarikh al-Kabir oleh Bukhari, hadis no. 358)

2) قَالَ الْحَسَنُ لَا بَأْسَ أَنْ يَضْحَكَ وَهُوَ يُؤَذِّنُ
Maksudnya: berkata al-Hasan ‘’tidak mengapa jika muazzin ketawa ketika azan.’’ – athar riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketikaAzan’’. Berkata Ibn Rajab ‘’daripada Rabi’ bin Sobih dari al-Hasan katanya: tidak mengapa berkata-kata ketika azan dengan hajat’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’aku tidak melihat ia mausul’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, Fathul Bari oleh Ibn Rajab, jld 4, m/s 224, dan Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jld 2, m/s 419)

3) عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍفِي يَوْمٍ رَدْغٍ فَلَمَّا بَلَغَ الْمُؤَذِّنُ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ فَأَمَرَهُ أَنْ يُنَادِيَ الصَّلَاةُ فِي الرِّحَالِ فَنَظَرَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَقَالَ فَعَلَ هَذَا مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ وَإِنَّهَا عَزْمَةٌ
Maksudnya: dari Abdullah bin Harits berkata, "Ibnu Abbas pernah berkhutbah di hadapan kami semua pada suatu hari yang hujan berlumpur. Ketika muazzin mengumandangkan azan sampai pada lafaz, 'Hayya 'alash shalaah', maka Ibnu Abbas menyuruh orang yang azan itu supaya berseru, Ash-shalaatu fir-rihaal 'Shalat dilakukan di tempat kediaman masing-masing!'.' (Dalam satu riwayat: Ibnu Abbas berkata kepada muadzinnya pada hari hujan, "Apabila engkau selesai mengucapkan, 'Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, maka janganlah kamu ucapkan, 'Hayya 'alash shalaah', tetapi ucapkanlah, "Shalluu fii buyuutikum"). Maka, orang-orang saling melihat satu sama lain (seakan-akan mengingkari tindakan Ibnu Abbas itu). Ibnu Abbas berkata, "Nampaaknya kamu semua mengingkari perbuatan ini? Hal ini sudah pernah dilakukan oleh orang yang jauh lebih baik daripada muazzinku ini (dan dalam satu riwyat: daripada aku, yakni orang yang lebih baik itu adalah Nabi saw.). Sesungguhnya solat (dalam satu riwayat: Jumaat) itu adalah sebuah ketetapan, tetapi aku tidak suka mengeluarkan kalian (dan dalam satu riwayat: aku tidak ingin mempersalahkan kalian, sehingga kalian datang sambil berlumuran tanah. Dalam satu riwayat: lantas kalian berjalan di tanah dan lumpur) seperti ke ladang kalian.'" – hadis riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, hadis no. 581

Hadis dan athar-athar diatas jelas menunjukkan fiqh bagi Imam Bukhari sendiri adalah boleh berkata-kata ketika azan.

Jika hadis yang menyatakan sesiapa yang berkata-kata ketika azan, lidahnya akan kelu ketika maut adalah sahih kenapa imam Bukhari tidak memasukkan hadis ini dalam kitab Sahihnya sedangkan (sekiranya ia sahih) ia adalah hadis hukum dan hadis utama dalam hal yang mengharamkan berkata-kata ketika azan? Akan tetapi beliau memasukkan hadis dan athar yang menunjukkan tidak salah dan boleh berkata-kata ketika azan? Dan Imam Bukhari tidak meletakkan satupun hadis atau bab yang melarang berkata-kata ketika azan? siapakah yg paling pakar dalam bidang hadis selain imam Bukhari??...

Bukan setakat imam Bukhari, malah kesemua kitab-kitab hadis susunan Imam-imam hadis Salaf tidak meletakkan hadis-hadis atau bab khas tentang pengharaman berkata-kata ketika azan, akan tetapi yang ada adalah sebaliknya.

Sebagai contoh dalam Kitab Muwattho’ Imam Malik yang merupakan kitab Hadis yang paling Sahih sebelum munculnya Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, ada memuatkan sebuah hadis Sahih yang menunjukkan bahawa para Sahabat pernah berkata-kata ketikaAzan iaitu:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ
Maksudnya: adalah mereka para Sahabat pada zaman Umar al-Khattab, menunaikan solat sunat (mutlak) pada hari jumaat (di masjid) sehinggalah Umar masuk ke masjid, dan apabila Umar masuk ke masjid beliau duduk di atas mimbar, lalu muazzin pun melaungkan azan, kata Tsalabah ‘’ mendengar akan azan itu, maka kami para sahabat pun berhenti solat sunat (mutlak) dan duduk bersembang-sembang (bercakap-cakap) ketika azan, apabila telah muazzin telah senyap (iaitu selesai azan) maka Umar pun naik ke mimbar untuk berkhutbah maka kami para sahabat pun lantas diam (berhenti bersembang) dan tiada seorangpun antara kami yang bercakap-cakap lagi selepas itu (kerana berkata-kata ketika khutbah adalah terlarang) – hadis sahih riwayat Imam Malik dalam Muwattho, hadis no. 215

Kesimpulan: dengan hujah-hujah diatas maka jelas bahwa hadis berbunyi: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya” adalah TIDAK SAHIH (DHAIF atau PALSU) dan menyebarkannya adalah suatu DUSTA kepada Nabi SAW.

B) Hukum menjawab Azan:
Imam Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut:
وَاعْلَمْ أَنَّهُ يُسْتَحَبّ إِجَابَة الْمُؤَذِّن بِالْقَوْلِ مِثْل قَوْله لِكُلِّ مَنْ سَمِعَهُ مِنْ مُتَطَهِّر وَمُحْدِث وَجُنُب وَحَائِض وَغَيْرهمْ مِمَّنْ لَا مَانِع لَهُ مِنْ الْإِجَابَة فَمِنْ أَسْبَاب الْمَنْع أَنْ يَكُون فِي الْخَلَاء ، أَوْ جِمَاع أَهْله ، أَوْ نَحْوهمَا
"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azanialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..." (rujuk Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid 2, m/s 111, syarah hadis no. 578)

Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut :
وَقَدْ اُخْتُلِفَ فِي وُجُوبِ الْإِجَابَةِ فَقَالَ بِهِ الْحَنَفِيَّةُ ، وَأَهْلُ الظَّاهِرِ وَآخَرُونَ ، وَقَالَ الْجُمْهُورُ : لَا يَجِبُ ، وَاسْتَدَلُّوا { بِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ مُؤَذِّنًا فَلَمَّا كَبَّرَ قَالَ : عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَلَمَّا تَشَهَّدَ ، قَالَ : خَرَجْت مِنْ النَّارِ } أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ . قَالُوا : فَلَوْ كَانَتْ الْإِجَابَةُ وَاجِبَةً لَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ ، فَلَمَّا لَمْ يَقُلْ دَلَّ عَلَى أَنَّ الْأَمْرَ فِي حَدِيثِ " أَبِي سَعِيدٍ " لِلِاسْتِحْبَابِ
"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan…. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..." (rujuk Subulas Salam, as-Son’ani, bab ‘’apa yang dikata pabila mendengar azan’’, jilid 1, m/s 428)

C) Hukum bercakap-cakap ketika Azan:
Para Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum bercakap-cakap ketika azan samada ia dibolehkan (tiada masalah) atau ianya adalah makruh.

1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh…”.

3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)

Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan berkata-kata ketika azan selama mana menjaga adab-adab ketika mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan ianya tertegah.

Namun, yang penting dan perlu difahami adalah tiada fuqaha’ yang menyatakan haram berkata-kata ketika azan dan tiada juga yang menyatakan bahawa lidah akan menjadi kelu ketika maut sekiranya tidak diam ketika azan

D) Adab mendengar Azan:
Adab mendengar azan adalah dengan menjawab azan dan membaca doa serta salawat selepas azan sebagaimana yang telah diajarkan Nabi SAW dalam hadis-hadis sahih, dalilnya:

Dalil menjawab azan:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ
Maksudnya: dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakan muazzin – hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 576, bab ‘’apa yang dikata apabila mendengar azan’’

Dalil berdoa dan salawat selepas azan
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang berkata apabila mendengar seruanazan (akan doa)- allahumma rabba hazihi da’watittammati wassola til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtah- diberikan syafaat olehku pada hari kiamat- hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 579, bab ‘’doa ketika azan’’

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ
Maksudnya: dari Abdullah bin Amru bin al-Ash, sesungguhnya mendengar Nabi SAW bersabda: “apabila kamu mendengar azanmaka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakannya dan kemudian bersalawatlah padaku….” – hadis riwayat Muslim, hadis no. 577, bab ‘’dianjurkan menjawab azan seperti yang dikatakan muazzin dan kemudian bersalawat pada Nabi dan memohon kepada Allah akan wasilah kepada Nabi”

Sekian, wallah-hu-‘alamFathi utk AFN9 Ogos 2008
----------------- Rujukan:
1) Sahih Bukhari, Muhammad ibn Ismail, www.al-islam.com 2) Sahih Muslim, Muslim al-Hajjaj, www.al-islam.com 3) Muwattho, Malik ibn Anas, www.al-islam.com 4) Fathul Bari, Ibn Hajar al-Asqalani, www.al-islam.com5) Fathul Bari, Ibn Rajab al-Hanbali, dorar.net & www.ahlalhdeeth.com 6) Syarah Sahih Muslim, al-Nawawi, www.al-islam.com7) Subulas Salam, as-Son’ani, www.al-islam.com8) Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar al-Asqalani, www.shamela.ws

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=619&highlight=lidah+azan

Friday, November 19, 2010

NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA.

Sunday, November 14, 2010

BAHAYA TIDOQ LEPAS SUBOH...UTK SAYA DAN KAWAN2..:)

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullahmengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
Tidur ketika perlu tidur.
Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
BAHAYA TIDUR PAGI
[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)


Di petik dari rumaysho.com.

Thursday, October 28, 2010

Malam Pertama Kita Nanti....

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''
M.K.H= SEBARKAN KEPADA RAKAN ANDA YANG BERAGAMA ISLAM

Monday, October 25, 2010

Bangunan 100 tingkat???dah nak kiamat...

Kerajaan meluluskan pembinaan bangunan 100 tingkat warisan merdeka. Apa punya kerajaan la. Dengan duit yang ada itu:
1. Boleh buat berapa buah sekolah untuk pelajar.
2. Boleh bagi scholar kat ramai pelajar.
3. Boleh improve hospital kat dalam negara. Tambah facilities.
4. Boleh buat berapa buah rumah kos rendah untuk sedekah kat orang2 kampung.
5. Highway baru pantai timur.
dan lain2 lagi yg tak sempat nak pikir.

kesan buruk:
1. Bertambah-tambah traffic jammed kat KL.
2. Kaw. berhampiran ada beberapa sekolah. Mengganggu pembelajaran dan pengajaran di sekolah
3. Pencemaran.
4. Jadi gajah putih. Banyak betul bagunan lain yang tak guna
5. Projek PLAZA RAKYAT yg dah 14thn terbengkalai, baik la habiskan dulu projek tu.

sudah terbukti kedangkalan kerajaan kita hari ini. Pikir nak penuhkan kantung duit depa je. Apa lagi golongan muda, mari kita membawa perubahan. Tunjukkan kekuatan kuasa rakyat..hidup rakyat

dan nabi juga ada bersabda, tanda2 hampir kiamat adalah terdapat pembinaan bangunan tinggi pencakar langit. lebih kurang maksudnya. Semoga Allah membuka hati mereka ini, jika tidak tumbangkanlah kerajaan yang tidak pandai memacu negara ini...

Friday, October 22, 2010

post yg ke 100..menentang penghinaan terhadap Islam..

Alhamdulillah akhirnya dapatlah aku menyudahkan 100th post aku kat blog ni. Walaupun ada beberapa post aku copy and paste tapi tak jadi masalah sebab aku ingin memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka yang membaca blog aku. untuk post kali ini mungkin ramai tertanya-tanya, menenang penghinaan terhadap Islam. Sekarang hangat isu festival fesyen Islam yang dianjurkan baru-baru ini. Festival yang dinaungi oleh isteri perdana menteri yang perasan dia 1st Lady of Malaysia. Memang perasan, gelaran tu hanya untuk isteri yang dipertuan Agong. Ngek betul rosmah ni. Dah makin menjadi-jadi. Untuk kisah selanjutnya sila lihat link (http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/10/memo-taubat-buat-rosmah.html) aku ni baru lagi. Tak reti nak letak gambar kat blog. Aku rela kena tahan masuk ISA mempertahankan perkara ini. Memang teramat menghina Islam. Mana pergi perkasam? pejuang Islam Umno yang senyap saja bila perkara ini terjadi. Bila ada orang bukan Islam masuk masjid marah. Macam orang tu kencing dalam masjid. Padahal datang memberi sumbangan saja. Mereka lupa macam mana barisan nasional guna masjid untuk majlis bacaan yassin untuk calon mereka yang bukan beragama Islam di Hulu Selangor. Memang meludah di langit kena muka sendiri. Wahai rosmah, taubat la kamu. Dah la orang benci kamu, silap-silap Allah murka kat kamu. Jangan sebab kamu, kami hamba yang selalu bertawakal kepada Allah menjadi mangsa bala yang Allah turunkan atas perbuatan kamu itu. KAMI BENCI ROSMAH!!!ROSMAH PERLEKEHKAN ISLAM...

Wednesday, October 6, 2010

Amaran Ulama' Mengenai Bid'ah

Para ulama’, terdiri daripada para sahabat dan para tokoh dulu dan kini, turut memberi amaran tentang bid ‘ah. Di sini disebutkan tiga contoh, satu daripada seorang sahabat, satu daripada seorang tokoh terdahulu dan satu daripada seorang tokoh terkini:



Pertama: Amaran ‘Abd Allah bin Mas‘ud.

‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh adalah sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang begitu terkenal dengan keilmuan dan kefahamannya dalam agama. al-Imam al-Darimi rahimahullah (255H) meriwayatkan amaran serta bantahan beliau terhadap bid‘ah berzikir secara kumpulan yang muncul pada zamannya:

عَنْ عمرو بن سلمة قَالَ: كُنَّا نَجْلِسُ عَلَى بَابِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَبْلَ صَلاَةِ الْغَدَاةِ فَإِذَا خَرَجَ مَشَيْنَا مَعَهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَجَاءَنَا أَبُو مُوسَى الأَشْعَرِيُّ فَقَالَ أَخَرَجَ إِلَيْكُمْ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ بَعْد؟ُ قُلْنَا: لاَ! فَجَلَسَ مَعَنَا حَتَّى خَرَجَ فَلَمَّا خَرَجَ قُمْنَا إِلَيْهِ جَمِيعًا.

فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ آنِفًا أَمْرًا أَنْكَرْتُهُ وَلَمْ أَرَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ إِلاَّ خَيْرًا. قَالَ: فَمَا هُوَ؟ فَقَالَ: إِنْ عِشْتَ, فَسَتَرَاهُ. قَالَ: رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ قَوْمًا حِلَقًا جُلُوسًا يَنْتَظِرُونَ الصَّلاَةَ, فِي كُلِّ حَلْقَةٍ رَجُلٌ وَفِي أَيْدِيهِمْ حَصًى, فَيَقُولُ: كَبِّرُوا مِائَةً, فَيُكَبِّرُونَ مِائَةً. فَيَقُولُ: هَلِّلُوا مِائَةً. فَيُهَلِّلُونَ مِائَةً. وَيَقُولُ: سَبِّحُوا مِائَةً. فَيُسَبِّحُونَ مِائَةً. قَالَ: فَمَاذَا قُلْتَ لَهُمْ؟ قَالَ: مَا قُلْتُ لَهُمْ شَيْئًا انْتِظَارَ رَأْيِكَ وَانْتِظَارَ أَمْرِكَ.

قَالَ: أَفَلاَ أَمَرْتَهُمْ أَنْ يَعُدُّوا سَيِّئَاتِهِمْ, وَضَمِنْتَ لَهُمْ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِهِمْ. ثُمَّ مَضَى وَمَضَيْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى حَلْقَةً مِنْ تِلْكَ الْحِلَقِ فَوَقَفَ عَلَيْهِمْ, فَقَالَ: مَا هَذَا الَّذِي أَرَاكُمْ تَصْنَعُونَ؟ قَالُوا: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَصًى نَعُدُّ بِهِ التَّكْبِيرَ وَالتَّهْلِيلَ وَالتَّسْبِيحَ. قَالَ: فَعُدُّوا سَيِّئَاتِكُمْ, فَأَنَا ضَامِنٌ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِكُمْ شَيْءٌ, وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ مَا أَسْرَعَ هَلَكَتَكُمْ! هَؤُلاَءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَافِرُونَ, وَهَذِهِ ثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ, وَآنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِيَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ, أَوْ مُفْتَتِحُو بَابِ ضَلاَلَةٍ؟!

قَالُوا: وَاللَّهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا أَرَدْنَا إِلاَّ الْخَيْرَ. قَالَ: وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ وَايْمُ اللَّهِ مَا أَدْرِي لَعَلَّ أَكْثَرَهُمْ مِنْكُمْ ثُمَّ تَوَلَّى عَنْهُمْ.

فَقَالَ عَمْرُو بْنُ سَلَمَةَ: رَأَيْنَا عَامَّةَ أُولَئِكَ الْحِلَقِ يُطَاعِنُونَا يَوْمَ النَّهْرَوَانِ مَعَ الْخَوَارِجِ.

Daripada ‘Amr bin Salamah[7] katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman[8] telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah.[9] Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya[10] , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka.[11] Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”[12]

Lihatlah bagaimana ‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh membantah perbuatan ibadah kumpulan ini walaupun mereka pada asalnya memiliki niat dan pandangan yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka. Namun oleh kerana ia merupakan ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka ia ditolak. Bahkan ‘Abd Allah bin Mas‘ud memberi amaran betapa perbuatan bid‘ah yang kecil akan mengheret seseorang kepada bid‘ah yang lebih besar. ‘Abd Allah bin Mas‘ud menggambarkan mereka akan menyertai Khawarij yang sesat. Justeru itu ‘Abd Allah bin Mas‘ud juga pernah menyebut:[13]

اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.

Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu bid‘ah .

إن البدعة الصغيرة بريد إلى البدعة الكبيرة.

Sesungguhnya bid‘ah yang kecil adalah pembawa kepada bid‘ah yang besar.



Kedua: Amaran al-Imam Malik Bin Anas

Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik rahimahullah (179H)[14] dan berkata:[15]

“Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?” Jawab al-Imam Malik: “Daripada Zu Hulaifah (ذو حليفة) di mana tempat yang Rasulullah berihram.” Kata lelaki itu: “Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian).” Kata lelaki itu lagi: “Aku ingin berihram daripada kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian), aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah.” Tanya lelaki itu: “Apa fitnahnya? Ia hanya jarak yang aku tambah.”

Jawab al-Imam Malik:

وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصّر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإني سمعت الله يقول: فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ.

Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]

Perhatikan bahawa sekalipun lelaki tersebut ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu Masjid Nabi atau kubur baginda shallallahu 'alaihi wasallam, al-Imam Malik rahimahullah membantahnya disebabkan ia adalah ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan-akan lelaki itu menganggap dia dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.



Ketiga: Amaran al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya kepada al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, semoga Allah memeliharanya, mengenai amalan Nisfu Sya’ban. Beliau menjawab:[16]

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang yang menyanggahi nusus (nas-nas al-Quran dan al-Sunnah), juga bercanggahan dan bertentang maknanya...

Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu berada dalam neraka.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid‘ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.

Wednesday, September 15, 2010

Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?

1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (buka spoiler untuk tengok gambarnya)

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..

3) aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

8) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

9) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

10) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

11) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

12) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

13) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..

17) fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

........
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri buat semua yang membaca blogku ini. Jarang aku nak update blog ni sebab busy sangat, sebelum raya orang duk beli baju raya, aku pi beli pensil dan pemadam raya buat end block 1 year 2 exam. boleh tahan exam kali ni even aku rasa exam ni mudah jika dibandingkan dengan 4 exam sebelum ni tapi aku berharap sangat result yang terbaik untuk ku.

Alhamdulillah sebulan selesai kita berpuasa, diharapkan apa jua amalan kita sepanjang ramadhan yang lalu tidak terhenti di situ. Semoga momentum ramadhan yang lalu dapat diteruskan setiap masa.

Alhamdullilah sudah masuk 5 Syawal. Kemeriahan Syawal masih lagi terasa. Banyak kenanganku sepanjang hari raya yang lalu. Maklumlah buat pertama kali bergelar suami orang. Perayaan bersama Syaheeda isteriku tersayang menjadikan raya kali ini lebih bermakna.

Raya pertamaku di Kampar Perak. 6jam perjalanan dari Kuantan ke Kampar menggunakan bas Utama Ekspress. Seronok dalam hatiku tak terkata. Buat pertama kalinya aku tidak pulang sepanjang block lepas. Aku malas skit nak jalan2 bulan2 puasa ni. Letih sume ada. Pagi raya seperti biasa solat sunat hari raya, maaf bermaafan, jamuan, marhaban menjadi penyeri pagi raya. Di malamnya kami sekeluarga berkumpul untuk jamuan bersama.

Raya kedua aku berangkat ke Alor Setar, beraya bersama keluarga Isteri di sana. Seronok jumpa tok wan, tok, mak ngah, depa sume peramah. Best sangat2.

Cukuplah buat kali ini. Selamat Hari Raya MAaf Zahir Batin kalau ada terkutuk ke, dalam blog ni especially buat geng2 Umngok...ha3...

Sunday, September 5, 2010

TV3 Pelik. JAHIL.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar
di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan
bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang
...tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki
Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia
- Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol
Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung -
Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap
Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran.

Scene 2 -
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna
merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star
(Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang
diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible
(Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca
Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang
Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism.

Scene
3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari
gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang
berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca
merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai
songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad
mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan
seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil
beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki
Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan
Menaiki Beca - Pelawaan Masuk KristianScene
4 - Budak Lelaki
Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan
terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan
(merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan
Melayu - Bangsa Melayu.

Friday, September 3, 2010

Kuliah Pagi Jumaat...

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir.

Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.



Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak.

Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat.

Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.


Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung.

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.



Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan.



Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar.

Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.


Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.

Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.


Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.

Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.


Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :

" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah." Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati.


Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.

Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya.

Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.


Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.


Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.

Thursday, September 2, 2010

Heart Failure...Pathophysiology and Drugs

Heart failure occurs when the heart inability to pump(contract) properly causing reduced in cardiac output(CO). Several mechanisms are activated in order to compensate with low CO.
1) Increase in sympathetic activities which can lead to stimulation of vasoconstriction. Thus this mechanism sure increasing the cardiac filling pressure that lead to cardiac remodeling.
2) Reduced cardiac output can stimulate the release of renin that stimulate the production of angiotensinogen to angiotensin 1 and eventually produces angiotensin 2. ACE is enzyme that stimulate conversion of angiotensin 1 to angiotensin 2. Angiotensin 2 is a very strong vasoconstrictor which can increase cardiac filling pressure above. Angiotensin 2 also stimulate formation of aldosterone to helps in sodium and water retention and eventually increase cardiac filling pressure.
However this mechanism is not in under control will lead to heart failure.

Drugs used in heart failure are :

1) Positive inotropic
a) cardiac glycoside : inhibit Na / K channel, increase Ca ion intracellularly thus increase strength of the myocyte contraction
b) PDE-i : reduce cAMP breakdown, increase level of cAMP which can lead to inrease myocardial contractility and vasodilation
c) beta agonist : stimulation of beta receptor in low dose stimulate vasodilation, in median dose stimulate mycardial contraction which can lead to increase stroke volume.

2) Diuretics
used in patient with high retention volume due to heart failure to pump or increase in aldosterone level that can cause water Na retention.

3) ACE-i and ARB, helps in reducing the effect of angiotensin 2.

$) Beta-blocker, slow action to recover the normal heart within 2-4 months

Friday, August 27, 2010

Renung seketika demi akidah kita.

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
artikel ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah. Wallahualam…

Thursday, August 26, 2010

Kenapa Yahudi bijak...???

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

http://syurgadidunia.blogspot.com/

Listen the Quran (Koran)