About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Friday, December 17, 2010

Hukum Tahlil Arwah

Alhamdulillah, Dia yang telah menemukan kita melalui satu daripada rahmat-Nya, iaitu internet, untuk berbicara tentang ayat-ayat-Nya yang kita tidak ragukan kebenarannya.

Topik ini menyentuh amalan yang luas diamalkan oleh masyarakat Islam. Ia juga melibatkan perasaan orang-orang yang hidup terhadap orang-orang yang mereka kasihi yang sudah meninggal dunia.

Jawapan kami kepada soalan itu pula adalah yang bertentangan dengan amalan-amalan tersebut. Kerana itu ia akan mengganggu perasaan sesetengah pembaca. Harap maaf.

Jawapan dimulakan dengan sedikit keterangan mengenai orang yang meninggal dunia. Setelah dia meninggal dunia, dia atau nafsnya (jiwanya) diletak di suatu tempat di mana sebuah tembok, atau barzakh, diadakan untuk memisahkan dia dengan segala yang lain. Firman-Nya,

"apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka ....... dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan" (23:99-100).

Tembok itu pula tidak mampu ditembusi oleh apa-apa atau sesiapa jua. Maka apa saja yang "dikirim" kepada orang yang sudah meninggal dunia, seperti dalam bentuk tahlil, tidak akan sampai kepadanya.

Ia juga termasuk hadiah bacaan ayat-ayat al-Qur'an yang turut tidak sampai kepada orang-orang yang sudah mati. Lagipun, seperti kata Allah, ayat-ayat-Nya adalah untuk orang-orang yang hidup sahaja. Firman-Nya,

"Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. Supaya dia memberi amaran kepada sesiapa yang hidup," (36:69-70)

Tidak juga berguna bagi orang-orang yang meninggal dunia ialah doa orang-orang yang hidup. Tidak ada doa seperti itu yang diajar di dalam al-Qur'an. Namun begitu, terdapat satu doa tetapi bukan untuk mereka yang sedang mati di dalam kubur. Doa tersebut adalah untuk mereka pada Hari Kiamat, dan ia berbunyi,

"Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan." (14:41)

Malah, di dalam kitab amalan seseorang, yang dia akan terima pada Hari Kiamat, tidak terdapat catatan atas apa yang dikirim kepadanya setelah dia meninggal dunia. Kitab itu hanya mencatatkan segala apa yang dia sendiri telah dibuat semasa dia hidup. Firman Allah,

"Inilah Kitab Kami, yang berkata-kata terhadap kamu yang benar; Kami mencatat segala apa yang kamu buat." (45:29)

Tambahan lagi, tiap-tiap jiwa akan hanya dibayar atau dibalas atas apa yang dia sendiri mengusahakan. Bukan yang diusahakan oleh orang lain kepadanya. Ayat-ayat berikut menjelaskannya:

"Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi." (2:281)

"Kerana Allah akan membalas tiap-tiap jiwa atas usahanya (sendiri);" (14:51)

Sesungguhnya, segala usaha adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Firman-Nya,

"Tiap-tiap jiwa mengusahakan hanya terhadapnya sendiri" (6:164).

Kesimpulannya, tidak terdapat sebarang bukti daripada al-Qur'an bahawa Allah telah mensyariatkan sebarang kiriman kepada orang-orang yang sudah meninggal dunia. Lantaran itu, dalam agama-Nya, amalan-amalan seperti tahlil, hadiah bacaan al-Qur'an, dan doa demi menolong orang-orang yang meninggal dunia, seperti yang dilakukan oleh orang-orang daripada sesetengah agama lain yang mengirim sesuatu kepada orang-orang yang mati, adalah hanya membazir sahaja. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir.

No comments:

Post a Comment