About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Wednesday, November 11, 2009

apa agaknya salah aku....

baru je sekejap tadi aku ym dengan man fauzi. die tnya nape dgn isteri aku. aku pun ckp la die x chat. sakit, demam. xpe la susah senang bersama isteri yang tersayang. borak punya borak tetiba man cakap kat aku die ada dgr2 suara sumbang org duk ckp pasal aku. aku pun tak faham apa lagi yg org tak puas ati dengan aku. ntah la. man ckp ade yg ckp aku ni kahwin sebab nak kapel, sebab nak halalkan benda yang tak halal sebelum kahwin. faham2 je la. emm aku pun tak tahu la nape. aku kahwin atas dasar kahwin ni sunnah rasulullah. jalan perkahwinan la cara yang terbaik untuk bercinta sesama manusia. Allah dah sediakan cara yang baik. jadi apa salah aku pilih cara ini. aku kahwin pun sebab byk kelebihan bila berkahwin ni. ntah la mulut org aku x boleh nak tutup. nak wat camne. org benci aku redha je la. dpt pahala percuma kan? tu pun org x puas hati saje biarkan diri kena kutuk sebab nak pahala free. semoga Allah ampunkan dosa2 mereka. sesungguhnya aku mmg amat menyayangi isteri aku.

Sunday, November 8, 2009

lama dah tak tulis blog....

Salam. maaf sebab lama sangat tak tulis blog. busy sgt dgn adaptation as suami org. hahaha. ramai yg x sangka, muda sgt khwn. baguslah kahwin muda compare dengan kapel2 ni. wallahualam. sedikit perkongsian untuk tatapan semua.

Aku mmg dah lama pasang niat nak kahwin masa belajar. nak buktikan yg perkahwinan ini tak mendatangkan banyak beban semasa belajar. dan aku nak buktikan yang student yang berkahwin masa belajar boleh cemerlang dalam akademik dan co-akademik.

skrg dah seminggu aku mendirikan rumah tangga dengan isteri yang amat aku cintai. perkenalan kami hanya melalui facebook. even semasa di CFSIIUM aku dah lama kenal dengan dia sewaktu kami sekelas dalam subjek CHEM3. kami hanya berhubung melalui media spt facebook,email,sms. kami tak pernah berjumpa,call,bercakap. even masa aku dtg umah dia aku langsung x pandang muka dia. takut nnt aku akan bermain dengan perasaan. aku mula melamarnya dengan 1 kata2 aku pinjam dari seseorang yang pernah melamar aku sebelum itu tapi aku tolak atas sebab2 tertentu. aku hanya berkata " akak (sebab dia 21thn, aku baru 20), izinkan aizat letak nama akak dalam list istikarah aizat." aku terus menerus melakukan istikarah sampai kadang2 mimpi aku tak kuar pun muka dia. tp azri pernah bgtau aku, xsemestinya kena mimpi baru tau itu petunjuk. kdg2 jalan menuju kearah itu pun apabila mudah merupakan salah satu petunju. dan ternyata jalan aku kearah penikahan sangat mudah. aku di senangi ibu bapanya, alhamdulillah. segala perjalanan mudah. mmg aku bersyukur sgt2.

apa yang boleh aku kongsi adalah selalu bergantung harap pada Allah. solat hajat,tahajjud,dhuha jgn lupa. doa semestinya pasti. dan niat kahwin mestilah betul, kerana beribadat kepada Allah Taala.

Alhamdulillah selepas kahwin rezeki murah. barang2 seperti washing machine, tv, pinggan2 dsb ada orang bagi. mmg aku bersyukur sgt2. ditambah pulak isteriku seorang yg amat manja and banyak cerita memeriahkan lagi hidupku.

jadi apa tunggu lagi, nikah sunnah rasulullah. JOM NIKAH...hehehe

Listen the Quran (Koran)