About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Tuesday, February 16, 2010

Takut bubar Dun Perak kerana kronisme, nepotisme

IPOH, 16 Feb: Keikhlasan Umno dalam membela nasib Melayu terus dipertikai oleh rakyat ekoran beberapa pemimpin parti perkauman tersebut dilihat mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Bercakap pada suatu sidang media di Pejabat PAS negeri di sini semalam, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain mendakwa amalan kronisme dan nepotisme tersebut sebagai salah satu punca yang mendesak Umno negeri takut membubarkan Dun Perak seperti yang dicabar oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dakwanya lagi, budaya kronisme-nepotisme tersebut mengakibatkan kepemimpinan Umno negeri sendiri sedar bahawa hanya ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja sedang menyokong kerajaan 'kudeta' Perak, seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Sedangkan rakyat, menurutnya lagi kian celik politik apabila membandingkan antara kerajaan negeri era Pakatan Rakyat yang dilihat bersih denga kerajaan negeri era Umno serta BN yang dianggap kronisme-nepotisme.

Mengambil contoh inisiatif Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengadakan rumah terbuka khas sempena perayaan Tahun Baru Cina kelmarin, beliau mendakwa bahawa Umno sekarang sedang cemas melihat sindrom penolakan rakyat bukan Melayu dan bukan BN ke atas ‘kerajaan mahkamah' di Perak.

Sehubungan itu, beliau menaruh rasa yakin bahawa masyarakat Melayu dan bukan Melayu di Perak umumnya bersama PAS serta Pakatan Rakyat kerana menolak budaya kronisme-nepotisme yang dilihat lazim dilakukan oleh Umno peringkat negeri dan nasional.

Sumber Harakah.

Bila nak kuar result ni?

Emm dah masuk sebulan dah tak kuar juga result. geram betul. xda semangat aku nak study. duk main2 je block ni. harap2 kuar la result dlm week ni. tolong la dah tak sanggup nak tunggu.