About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Sunday, June 28, 2009

kepada batch medic 13 iium

salam...ramai yang tertanya-tanya...perlu ke mohon jpa online...aku tak berani jamin..senior cakap tak perlu sebab nanti ada officer jpa dtg campus kita...aku pun tak berani nak jamin...jadi langkah2nya...just isi je borang online tu..tarikh tutup 10 julai..so cepat2 isi...semoga Allah merahmati batch kita...sampai kuantan nnt officer tu dtg kita isi je lagi skali...tak salah pun...jgn bimbang

klik kat sini....http://www.jpa.gov.my/ tgk pada ruang iklan....ada program ijazah dalam negara...pada iklan tu klik mohon.... klik sini pun boleh http://esilav2.jpa.gov.my/

so good luck...sebarkan pada rakan2...

Revolusi

Aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

Rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

OO.. OH OO..OH

Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti


Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku

Adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

Benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Saturday, June 27, 2009

Amalan bulan rejab

Salam rejab untuk semua pembaca. Dah masuk bulan rejab dah skrg. Aduh kejap je kan masa berlalu. Lepas ni bulan sya’ban then bulan ramadhan. Moga2 kita dapat dipanjangkan umur sehingga bertemu dan menempuh ramadhan. Manalah tau dapat rezeki jumpa lailatul qadar. Ya Allah tak sabar plak aku nak tunggu bulan puasa.
Banyak amalan yang boleh kita amalkan dalam bulan rejab. Aku bukan ustaz, tp aku sekadar nak share apa yg aku belajar. Pertama kita boleh banyakkan puasa sunat. Ada 1 riwayat menyatakan sekurang-kurangnya 3hari kerana Allah menganggap sehari seperti 10 hari. Ya Allah mudahnya nak dapat pahala. Allah tu maha pemurah kepada hamba-Nya yg ikhlas. Lagipun kita boleh ‘warm up’ untuk bulan ramadhan utk puasa. Contoh la, cam nak exam kita study gile2 sebelum tu kan. Cam sukan kita kena warm up baru xda kekejangan kan. Cam puasalah, bila kita sentiasa puasa sunat sebelum ramadhan kita dpt la sediakan diri kita untuk berpuasa. Xda la terkejut perut kita nnt.
Kedua kita bykknlah solat sunat. Contoh2 solat sunat, 2 rakaat sebelum Subuh, 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepas Zuhur, 2 sebelum asar, 2 lepas Maghrib, 2 lepas isyak, sunat dhuha, sunat hajat, sunat taubat, n witir. Sesungguhnya dgn solat sunat ini dapat tampung kekurangan solat fardhu kita. Tgk bertapa indahnya Islam. Ada mcm2 amalan yang boleh kita buat utk bukti kecintaan pada Allah.
Ketiga kita boleh bykkn zikir. Semudah tasbih,tahmid,takbir,tahlil dan lain2 lagi. Boleh kita beli buku panduan zikir seharian dan amalkan.iAllah 3 bulan yang mulia ini dptlah kita mempertingkatkan amalan. Bukan aku nak jadi ustaz tp aku sekadar nak share. Manalah tau umur aku xpjgkan ilmu yg aku share dpt jadi penerang aku kat sane nnt. Jadi selamat beramal.

Monday, June 22, 2009

durian dah berbunga.......

"Are you want duriann!?
Yeah! Durian dah berbunga.."

Oh kome, deghoyan doh bebunge, (doh bebunge)
Moh kite, minang anok dare, (anok dare)
Anok dare, anok dare Bote, (dare Bote)
Teman jumpe, di Padang Tenggale. (iyee)

Kate deme, sakit jatuh cinte, (jatuh cinte)
Sakit lagi, bile jatuh tangge, (jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute, (cinte bute)
Nasib baik, teman tak merabe-rabe. (rabe-rabe)

Bile musim deghoyan,
Deme mole bengkek,
Jangan silap siket,
Nanti deme tengkin.

Kalau musim deghoyan,
Ghamei berani nampor,
Ape deme nak heghan,
Saman buleh bayor.

Oh kome, deghoyan udoh lughoh, (udoh lughoh)
Lebih baek, cepat pegi suloh, (pegi suloh)
Lambat siket, kome dapat habok, (dapat habok)
Kalo tido, jawabnye tingge pokok. (padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke Mekah, (nak ke Mekah)
Yang mude, gatei nak menikoh, (nak ke menikoh)
Musim deghoyan, banyok sedare-mare, (ghamei-ghamei)
Biler nebaih, sekor tak nampok muke. (mmg gitu)

"Riuh benor oghang kampong bile musim deghoyan,
Haa pegi lekaih kome deghoyan udoh lughoh,
Suloh suloh.. tebaih..
Bebaik kome, timpe dok deghoyan tumpo kome.."

Friday, June 19, 2009

Muhyiddin Tak Waras, BN penakut....

Aku tak puas hati lagi dengan kerajaan umno-bn yang haprak,tak boleh pakai, menutup ruang pelajar menuntut ilmu. Muhyiddin penakut, takut dengan kebijaksanaan pelajar terutama pelajar sekolah agama yang lebih menyerlah. Kenapa muhyiddin takut? Kenapa mesti dihalang mereka untuk mengambil lebih dari 10 subjek? Kerana muhyiddin tak iktiraf kebijaksanaan pelajar sekolah agama. Memang penakut. MUHYIDDIN PENAKUT. Kita ingin melahirkan cendiakawan Islam yang berkebolehan bukan sahaja akademik tapi dalam bidang agama. Kita lihat pelajar2 sekolah agama mereka bijak dalam sains dan aspek agama. Wahai muhyiddin, kau dah lupa ke cendiakawan Islam yang ada zaman dahulu bijak dalam dua2 aspek. Ibnu sina, al-khawarizmi bukan sahaja bijak dalam bidang masing2 tapi alim dalam ilmu agama. Tapi apabila pengambilan subjek hanya 10 mana mungkin kita akan melahirkan cendiakawan seperti ibnu khaldun dan yang lain2. Mereka bukan kuasai 1 bidang, mereka kuasa banyak bidang. Muhyiddin secular asingkan agama dari professional.
Alasan tak matang muhyiddin adalah pelajar ini hanya belajar sahaja, dan tak aktif kokurikulum. Ada bukti? Kita lihat mereka yang cemerlang ini pun ramai yang aktif dalam kokurikulum. Mereka bukan sahaja study memanjang, tapi mereka ada mengikuti aktiviti luar. Kalau betul koku diambil kira kenapa kita tengok students yg dapat byk A yang dapat scholar. Dah la muhyiddin, berhenti takut dengan bayang2 sendiri. Aku walaupun tak masuk sek agama, byk buat dosa, tapi aku tak ada nak menutup hak mereka yang ingin berjaya dalam agama dan professional. Memamg muhyiddin takut, takut orang akan lebih iktiraf budak smka. MUHYIDDIN PENAKUT, MUHYIDDIN PENAKUT, MUHYIDDIN PENAKUT. Ayuh sahabat2 sekolah agama mari kita bantah idea ini. Seolah2 memisahkan agama dan sains. Kalau muhyiddin jawab pelajaran pendidikan islam, tak cukup lah cik muhyiddin.
Lagi 1 subjek English wajib lulus. Kau dah la duk Bandar, mmg la boleh lulus. Tp budak2 yang duduk pedalaman mcm mana? Muhyiddin, aku rasa baik kau pergi masuk pedalaman. Tengok, try speaking English skit diorg, faham ke? Aduh mmg pemikiran tak matang muhyiddin.
Kedua aku tengah tengok tv1 ni sambil taip blog ni. Dari parlimen. Kata Negara demokrasi, kata nak telus. Banyaklah kau punya telus. Tv1 mmg barua kerajaan. Mana hak rakyat untuk mengetahui keadaan ahli pembangkang. Bila kata Negara tak demokrasi, tak bebas marah. Dah lah bn takut dengan bayang2 sendiri. BN PENAKUT,PENAKUT,PENAKUT.

Wednesday, June 17, 2009

hidup nizar!!!!!

Lama betul aku tak menulis dalam blog. Sibuk sangat masa cuti sekolah hari tu. Sibuk pergi jalan2 makan angin, balik kampung, ziarah saudara-mara. Bestlah juga. Bangun pagi solat Subuh kat surau dekat dengan umah opah. Dah naik matahari skit cepat2 pergi Rumah ayah beso, sebelum dia pergi kerja semata-mata nak guna internet kat rumah dia. Apa lagi layan FB,blog, and paling penting baca harakah online. Tp 1 perkara yang aku suka buat, DOWNLOAD CERITA MASKED RIDER DECADE. Dah sampai episod 20 dah. Decade hilang semua kuasa masked rider sebelum2 dia yang dia dah dpt masa travel ke semua dunia masked rider. Kuasa dia pun hilang juga. Aduh ai, nasib2.
Aku just nak tekankan hari ni kes nizar kat dewan parlimen. Wa suspect sama lu la nizar. Membawa protes rakyat perak ke parlimen. Yela setelah pilihanraya bkt gantang, ramai yg dah tunjuk protes tp umno-bn yang bongkak langsung xdgr suara rakyat. Hampeh. Penakut dengan kuasa rakyat perak. Tindakan nizar mmg berani. Semua MP terkejut, nizar yang baru setahun jagung dah tunjuk otai. Mmg mantap la nizar. Teman bangga benor dgn mike ni. Hahaha ckp perak skit. Pastu hishamuddin tunjuk hero plak. Ckp tindakan membawa masuk polis dalam dun perak betul. Opah dia la. Mana ada betulnya. Dia ckap arahan speaker baru. Ada ke speaker baru dekat perak? Speaker haram adalah. Sivakumar masih sah speaker, masih hidup lagi, hadir masa siding dun hari tu. Macam mana timb speaker katak yg lompat parti tu boleh ambil alih tugas speaker. Dah la tu raja nazrin pun xrasmi lagi dun. Malulah skit org bn oi. Dah la rampas kuasa kerajaan, pastu bawa undang2 rimba. Geram aku.
Jadi kesimpulannya jadilah seperti nizar, berani. Satu kerugian buat perak jika permata ini hilang begitu saja. Manalah tau 1 hari nanti nizar jadi PM. Ada bakat tu. PM pertama dari perak. TAKBIR!!!!!MAKKAL SAKTI!!!!!REFORMASI!!!!!BUBAR DUN!!!!!HIDUP RAKYAT!!!!!

Thursday, June 11, 2009

peringatan!!!!!

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.


Try cool new skins, plus more space for friends. Check it out on Singapore Yahoo! Messenger

Wednesday, June 10, 2009

transfer windows

Kaka pergi real Madrid? Pergh makin gempak la real. Nnt ronaldo nak masuk real gak. Abz la man utd. Sheena hero ko nak blah la. Cian ko. Jom la sokong arsenal. Hahaha. Emm arsenal nak jual kolo toure. Aduh jgn la. Toure tu la satu2 veteran dalam arsenal. Tapikan kalo nak jual n ganti dgn micah Richard ok gak. England tu. Dah la arsenal xda ramai player England. Sebab tu cam xda semangat dalam jiwa player arsenal ni. Ade 2 org je yg main utk senior squad. Kieran gibbs dgn theo Walcott. Wilshere muda lagi. Tunggu 2-3thn la. Ramsey pun gempak gak tp muda lagi. Tunggu la sape lagi wenger nak beli. Beli la owen. Dah kena relegated tu. Beli cepat. Striker sorang pun x boleh harap. Hahaha. v.persie je yg boleh pakai. Vela muda lagi. Hahaha season depan tunggu la arsenal dah kuat. Rosicky dah fit nak main, arshavin dah boleh adapt dgn English games. Harap2 fabregas x kuar. Come on gunners….

kerajan perpaduan????

Sudah selesai muktamar pas. Pelbagai isu yg dibangkitkan oleh perwakilan yang hadir. Macam2 karenah yg boleh kita lihat sepanjang berlangsungnya muktamar pas yg ke-55. aku sedih sangat sebab tak dapat nak turut serta. Kena balik johor lawat family ayah aku kat sana. Sambil tu aku & family singgah ke Bandar penawar tgk adik aku berlari 1500m. peringkat kebangsaan tu. Tapi dpt no 5.hahaha. oklah tu.

Aku just nak bagi pandangan tentang kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh presiden Pas, tuan guru hadi awang. Aku pun agak terkejut dengan idea tuan guru. Seolah-olah tuan guru akan apa yg pernah terjadi ketika Pas pernah bekerjasama dengan umno dahulu. Aku pun taklah pandai sangat dengan sejarah tu. Hahaha. Aku rase pendapat aku. Aku xbersetuju juga. Sebab kita lihat sendiri sikap pemimpin umno. Diorg bukannye boleh bawa kerjasama. Payah la nak ajak diorg. Selagi perjuangan mereka x berlandaskan Islam selagi itu mereka ni payah nak di bawa bekerjasama. Mungkin ramai akan mempersoalkan bagaimana dgn DAP n PKR. Mereka dilihat sudah mula memahami Islam. Kebanyakkan pemimpin mereka mula menggunakan ayat suci al-quran sebagai dalil. Tuan guru nik aziz pun bersetuju. Mereka tidak memperlekehkan al-quran. Mereka hanya mengambil pengisian dlm al-quran. Kita lihat juga dalam pas sudah ada kelab penyokong pas dikalangan bukan islam. Mmg pas sudah memain peranan dalam mengajak bukan islam kedalam islam. Umno menakutkan bukan islam dgn hudud. Bila undi pas habis tgn hilang. Namun kita lihat balik kate penasihat kelab penyokong pas, Hu Pan Chaw kalau x silap la. Dia ckp kalau kita x curi nak buat apa kita takut.

Sekarang kita tgklah sendiri umno yg memporak perandakan Negara terutama di perak. Aduh bagaimana kita lihat persidangan dun perak yg palig ganas yang pernah aku tgk. Bagaimana timb. Speaker boleh ambil alih tugas speaker sedangkan speaker berada didalam. Kita lihat sendiri bagaimana umno menggunakan polis untuk menarik keluar speaker yg sah. Nampak x wahai kawan2 ku. Mana ada undang2 membenarkan polis masuk ke dalam dun. Lagi memalukan. Zambry yg x sedar lagi menuduh kita mengamalkan undang2 rimba, tapi umno/bn yg lagi teruk. Aku teringat ceramah nizar tempoh hari. Bagaimana selepas dun itu, tuanku raja nazrin berkata “nizar, I want to work with you. You have high potential.” Nmpk, raja muda menyatakan sokongan kepada kita. Jadi kerajaan perpaduan sebenarnya sudah dibentuk oleh PAS,DAP dan PKR.

Sunday, June 7, 2009

nasib malang ku.....lagi...

7 Jun…baru beberapa minggu aku membeli handphone baru, tapi jodoh ku dgn hp tu tak lame. Tanpa aku sedari hp tersebut telah dicuri. Aduh mmg perit rasenye. Tapi andai ini adalah balasan dari Allah aku redha. Bermakna Allah masih mengingati aku.
Ceritanya camni. Aku tengah duk rehat2 kat ruang televisyen kat umah atok aku kat pontian johor. Ayah ku sedang tido diruang hadapan. Mama ku kat dapur. Atok n mak long kuar pi kenduri. Tetiba dtglah seorg cina, masuk ke Rumah atok ku. Lalu menegur ku. Dia dalam keadaan cemas bile die prasan aku di ctu. Die pun bertanye “ cni ade org nme Man ka??wa mau jmpa.” Aku cakap lah xda. Kemudian bila die perasan mamaku die cepat2 nak kuar. Lalu die pun blah la dari cni. Tak lame lepas tu aku mencari hp ku. Aku call2 tak dapat. Barulah aku sedar hp aku dah lesap. Aku prasan td cina tersebut dtg dari almari kat mne aku letak hp. Nasib baik die hanya sempat capai hp aku. Hp mama n ayah aku x sempat di capai. Sedih la gak. Laptop aku pun Alhamdulillah selamat.
Kalaulah ini balasan n ujian buatku, aku redha kerana Allah masih mengingati aku dan memberi ujian kepada aku. Kepada sesiapa yg nak contact aku sabar ek. Esk lusa aku akan try wat sim card baru n pakai hp ayah yg lame. Aduh mmg malang nasib aku. Hp mula2 masuk jamban. Ni hilang plak. Nasibn badan. Hahahahahahahaha.

Monday, June 1, 2009

to ex-cfs who will register in kuantan campus

NOTICE
ATTENTION TO ALL EX-CFS STUDENTS WHO
WILL JOIN KULLIYYAH IN KUANTAN FOR
SEMESTER 1, 2009/2010
THE REGISTRATION OF NEW STUDENTS INTAKE FOR
SEMESTER 1, 2009/2010 HAS BEEN RESCHEDULED AS
FOLLOWS:
MORNING SESSION
KULLIYYAH : MEDICINE, DENTISTRY AND SCIENCE
DATE : 7th JULY 2009 / TUESDAY
TIME : 9.00 A.M. – 12.30 A.M.
VENUE : LOBBY, KULLIYYAH OF MEDICINE
EVENING SESSION
KULLIYYAH : PHARMACY, ALLIED HEALTH
SCIENCES AND NURSING
DATE : 7th JULY 2009 / TUESDAY
TIME : 2.30 P.M. – 5.00 P.M.
VENUE : LOBBY, KULLIYYAH OF MEDICINE
Any inquiries please contact the person in charge:
Sr. Norhafiza (09-571 6652)
Sr. Shariza (09-571 2070)
Academic Affairs Department
One Stop Centre
IIUM Kuantan