About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Friday, June 19, 2009

Muhyiddin Tak Waras, BN penakut....

Aku tak puas hati lagi dengan kerajaan umno-bn yang haprak,tak boleh pakai, menutup ruang pelajar menuntut ilmu. Muhyiddin penakut, takut dengan kebijaksanaan pelajar terutama pelajar sekolah agama yang lebih menyerlah. Kenapa muhyiddin takut? Kenapa mesti dihalang mereka untuk mengambil lebih dari 10 subjek? Kerana muhyiddin tak iktiraf kebijaksanaan pelajar sekolah agama. Memang penakut. MUHYIDDIN PENAKUT. Kita ingin melahirkan cendiakawan Islam yang berkebolehan bukan sahaja akademik tapi dalam bidang agama. Kita lihat pelajar2 sekolah agama mereka bijak dalam sains dan aspek agama. Wahai muhyiddin, kau dah lupa ke cendiakawan Islam yang ada zaman dahulu bijak dalam dua2 aspek. Ibnu sina, al-khawarizmi bukan sahaja bijak dalam bidang masing2 tapi alim dalam ilmu agama. Tapi apabila pengambilan subjek hanya 10 mana mungkin kita akan melahirkan cendiakawan seperti ibnu khaldun dan yang lain2. Mereka bukan kuasai 1 bidang, mereka kuasa banyak bidang. Muhyiddin secular asingkan agama dari professional.
Alasan tak matang muhyiddin adalah pelajar ini hanya belajar sahaja, dan tak aktif kokurikulum. Ada bukti? Kita lihat mereka yang cemerlang ini pun ramai yang aktif dalam kokurikulum. Mereka bukan sahaja study memanjang, tapi mereka ada mengikuti aktiviti luar. Kalau betul koku diambil kira kenapa kita tengok students yg dapat byk A yang dapat scholar. Dah la muhyiddin, berhenti takut dengan bayang2 sendiri. Aku walaupun tak masuk sek agama, byk buat dosa, tapi aku tak ada nak menutup hak mereka yang ingin berjaya dalam agama dan professional. Memamg muhyiddin takut, takut orang akan lebih iktiraf budak smka. MUHYIDDIN PENAKUT, MUHYIDDIN PENAKUT, MUHYIDDIN PENAKUT. Ayuh sahabat2 sekolah agama mari kita bantah idea ini. Seolah2 memisahkan agama dan sains. Kalau muhyiddin jawab pelajaran pendidikan islam, tak cukup lah cik muhyiddin.
Lagi 1 subjek English wajib lulus. Kau dah la duk Bandar, mmg la boleh lulus. Tp budak2 yang duduk pedalaman mcm mana? Muhyiddin, aku rasa baik kau pergi masuk pedalaman. Tengok, try speaking English skit diorg, faham ke? Aduh mmg pemikiran tak matang muhyiddin.
Kedua aku tengah tengok tv1 ni sambil taip blog ni. Dari parlimen. Kata Negara demokrasi, kata nak telus. Banyaklah kau punya telus. Tv1 mmg barua kerajaan. Mana hak rakyat untuk mengetahui keadaan ahli pembangkang. Bila kata Negara tak demokrasi, tak bebas marah. Dah lah bn takut dengan bayang2 sendiri. BN PENAKUT,PENAKUT,PENAKUT.

6 comments:

  1. Salam
    Izinkan saya memberi pandangan.
    OK. Muhyiddin penakut. Beliau takut pelajar-pelajar aliran agama bangkit dan melawan BN? Hanya kerana beliau tidak membenarkan pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek?
    Oh,perkara ini sangat lawak. Anda ada bukti untuk berkata begitu? Atau adakah ini pandangan 'tidak matang' anda semata-mata untuk menzahirkan ketidak puasan hati anda terhadap BN? Ini boleh dikategorikan sebagai fitnah.
    Kenapa anda harus melihat bahagian yang buruk terhadap semua perkara yang diperkenalkan?
    Mengapakah anda tidak boleh berfikiran positif? Anda harus berfikiran dengan kritis dan berhati-hati, seperti yang dibuat oleh ahli akademik dan cendekiawan lain daripada terus-terusan mengutuk kerajaan. Bukannya semua yang kerajaan buat tu salah!
    Subjek English wajib lulus? That's a good thing. This is for the benefits of Malays themselves. Tak boleh ke fikir perkara yang positif? Orang Melayu yang tak pandai Bahasa Inggeris akan dipandang rendah oleh bangsa lain. Dasar yang diperkenalkan ini secara tidak langsung membantu budak-budak pedalaman meningkatkan taraf pelajaran mereka. Takkan selama-lamanya nak berada di takuk lama. Ok, baiklah. English tu susah. Subjek lain pun susah jugak. Kalau orang Melayu tolak terus-terusan cadangan ini, ini secara tidak langsung memberikan persepsi dari bangsa lain yang Orang Melayu ni lemah, tak competent. Tak mempunyai kemahuan untuk memajukan diri sendiri.
    Dan saya yakin orang-orang Melayu bukan begitu. Sudah tentu mereka ingin pandai dalam bahasa Inggeris. Saya tau laa. Ibu saya sendiri mengajar bahasa Inggeris di kawasan luar bandar. Walaupun mereka tak pandai sangat dalam subjek ini, tapi mereka tetap mempunyai kemahuan untuk belajar.
    Dan anda sebagai seorang yang terpelajar, sepatutnya tidak cepat melatah dan mengutuk-ngutuk ikut sesuka hati anda terhadap sesuatu perkara. Menggunakan perkataan seperti haprak,tak boleh pakai, barua. Inikah sikap seorang yang terpelajar?
    Dan orang Melayu sepatutnya bersatu daripada berpecah. Jangan terlalu taksub dengan politik. Islam pun tak menginginkan umatnya berpecah.

    Bukan semuanya tentang kerajaan itu buruk belaka. Saya sekadar memberi pandangan saya. Tak ada niat lain. Saya tidak memberi komen sebagai seorang anonymous kerana saya bukan seorang yang penakut. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. pandangan yg bagus..tp cube bayangkan la..knape nak amik 10 subjek. budak sek agama at least 12subjek...jadi kenapa had kan 10??kenapa nak pisahkan agama dari sains???ini la yg dinamakan secular...faham cik...huhuhu

    ReplyDelete
  3. n lagi 1 pasal english tu...kalo nak wat ok boleh..tp pastikan guru cukup..ni x cikgu subjek lain kena ajar bi...ini realiti..nampak x..nak buat sesuatu pk dulu..bukan nak kutuk..just luahkan perasaan...geram sgt..buat mcm2 x pk..ramai lagi yg menentang....

    ReplyDelete
  4. Akan tetapi, berdasarkan berita yang baru saya baca sebentar tadi, calon sekolah agama kini boleh mengambil 11 subjek. Cukup, kan? Jadi, tiada bukti yang mengatakan kerajaan mempraktikkan sekularisme.

    Ya, mungkin anda akan mengatakan kembali, perkara tersebut diubah atas rayuan pentadbir sekolah agama. Tetapi, bukankan ini menunjukkan bahawa kerajaan bersikap toleransi?

    Tetapi,apa yang ingin saya tekankan di sini adalah persepsi kurang tepat anda terhadap Muhyiddin Yassin. Apa bukti untuk mengatakan Muhyiddin takut dengan kebangkitan pelajar-pelajar sekolah agama?

    Saya bukannya menyokong kerajaan sangat. Pembangkang pun ada banyak juga sumbangan yang diberikan terutamanya kepada kaum Melayu dan Islam. Saya cuma seorang yang realistik. Mengambil perkara baik sahaja. Sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang.Harap maklum.

    ReplyDelete
  5. Dan lagi satu tentang 'diwajibkan lulus Bahasa Inggeris'.
    Nampaknya anda sudah boleh menerima cadangan itu.
    Dan ya, saya nampak realiti itu. Guru tak cukup, cikgu subjek lain kena ajar English, dan masalah-masalah lain yang seumpamanya yang berada dalam fikiran anda.
    Ingin saya tegaskan bahawa ini adalah sebuah kerajaan. Bukannya main pondok-pondok.Bukannya sekadar memberi cadangan dan tidak berfikir sedalam-dalamnya tentang perkara yang dicadangkan itu.
    Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengutarakan cadangan ini, sudah tentu beliau juga berfikir tentang cara untuk mengatasi masalah yang datang dengan cadangannya itu. Masalah-masalah yang disebutkan tadi. Lagipun cadangannya itu bagus.
    Beliau seorang yang terpelajar. Seorang pemimpin negara. Bukannya seorang pelajar sekolah rendah yang tidak matang yang hanya sekadar memberi cadangan tapi tidak tahu untuk melaksanakannya dan juga tidak tahu untuk berfikir untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapinya kelak.

    Baiklah. Saya faham. Ini blog anda. Anda ada hak untuk tulis apa-apa pun. Saya hanya memberikan pandangan.

    ReplyDelete
  6. xkisah...bagus org bg pandangan....cuma skrg org dah mula nak tutup kebebasn bersuara kat blog...pasal 11 subjek tu saya xtau la...xbaca lagi..tp hnya utk thn ni je kan???xsure...yg wajib BI kalo guru terlatih dan kelengkapan cukup xpe gak...sedangkan ppsmi yg byk kelengkapan yg byk tp peratus yg lulus sume same dgn mase masih dalam bm....

    ReplyDelete