Sudah selesai muktamar pas. Pelbagai isu yg dibangkitkan oleh perwakilan yang hadir. Macam2 karenah yg boleh kita lihat sepanjang berlangsungnya muktamar pas yg ke-55. aku sedih sangat sebab tak dapat nak turut serta. Kena balik johor lawat family ayah aku kat sana. Sambil tu aku & family singgah ke Bandar penawar tgk adik aku berlari 1500m. peringkat kebangsaan tu. Tapi dpt no 5.hahaha. oklah tu.
Aku just nak bagi pandangan tentang kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh presiden Pas, tuan guru hadi awang. Aku pun agak terkejut dengan idea tuan guru. Seolah-olah tuan guru akan apa yg pernah terjadi ketika Pas pernah bekerjasama dengan umno dahulu. Aku pun taklah pandai sangat dengan sejarah tu. Hahaha. Aku rase pendapat aku. Aku xbersetuju juga. Sebab kita lihat sendiri sikap pemimpin umno. Diorg bukannye boleh bawa kerjasama. Payah la nak ajak diorg. Selagi perjuangan mereka x berlandaskan Islam selagi itu mereka ni payah nak di bawa bekerjasama. Mungkin ramai akan mempersoalkan bagaimana dgn DAP n PKR. Mereka dilihat sudah mula memahami Islam. Kebanyakkan pemimpin mereka mula menggunakan ayat suci al-quran sebagai dalil. Tuan guru nik aziz pun bersetuju. Mereka tidak memperlekehkan al-quran. Mereka hanya mengambil pengisian dlm al-quran. Kita lihat juga dalam pas sudah ada kelab penyokong pas dikalangan bukan islam. Mmg pas sudah memain peranan dalam mengajak bukan islam kedalam islam. Umno menakutkan bukan islam dgn hudud. Bila undi pas habis tgn hilang. Namun kita lihat balik kate penasihat kelab penyokong pas, Hu Pan Chaw kalau x silap la. Dia ckp kalau kita x curi nak buat apa kita takut.
Sekarang kita tgklah sendiri umno yg memporak perandakan Negara terutama di perak. Aduh bagaimana kita lihat persidangan dun perak yg palig ganas yang pernah aku tgk. Bagaimana timb. Speaker boleh ambil alih tugas speaker sedangkan speaker berada didalam. Kita lihat sendiri bagaimana umno menggunakan polis untuk menarik keluar speaker yg sah. Nampak x wahai kawan2 ku. Mana ada undang2 membenarkan polis masuk ke dalam dun. Lagi memalukan. Zambry yg x sedar lagi menuduh kita mengamalkan undang2 rimba, tapi umno/bn yg lagi teruk. Aku teringat ceramah nizar tempoh hari. Bagaimana selepas dun itu, tuanku raja nazrin berkata “nizar, I want to work with you. You have high potential.” Nmpk, raja muda menyatakan sokongan kepada kita. Jadi kerajaan perpaduan sebenarnya sudah dibentuk oleh PAS,DAP dan PKR.
isu politik boleh membuatkn kita berfikiran kritikal.
ReplyDelete