About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Friday, May 15, 2009

siapakah orang yang berdoa di atas....

Samir Nasri (سمير نصري.‎; dilahirkan pada 26 June 1987 di Marseille) merupakan pemain kebangsaan pasukan bolasepak Perancis yang berketurunan Algeria dan sekarang berkhidmat untuk Arsenal di London. Merupakan pemain berkaki kanan, Nasri diletakkan di posisi sayap kiri pasukan Arsenal.
Ibu bapa Nasri ,berpindah ke Perancis dari Algeria. Bapa Nasri berasal dari Constantine manakala ibunya berasal dari Biskra. Nasri membesar di La Gavotte Peyret, utara Marseille. Dia selalu bermain dijalanan dimana dia selalu mempelajari skil barunya. Dia pernah bermain untuk kelab tempatan tetapi setelah beberapa kekecohan berlaku ibu bapa Nasri menghantarnya menyertai akademi kelab bola sepak Pennes Mirabeau pada usia 6 tahun. Selepas 2 musim di Pennes Mirabeau dia menyertai akademi Olympique de Marseille.
Marseille
Nasri mula bermain untuk Marseille pada usia 9 tahun. Dia bermain di Ligue 1 pada musim 2004/2005 pada usia 17 tahun, bermula 13 permainan dan menjadi pemain gantian sebanyak 11 kali, menjaringkan 1 gol. Musim berikutnya dia menimba pengalaman dalam UEFA Cup (10 perlawanan; tanpa jaringan) dan Intertoto Cup (1 perlawanan; 1 jaringan). Pada musim 2006/2007 Nasri menjaringkan gol pertamanya dalam Ligue 1 pada 29 April 2007, pada perlawanan menentang FC Sochaux-Montbéliard dan membantu pasukannya menang 4–2 membolehkan Marseille melonjak ke tangga keempat, meletakkan mereka dalam pusingan kelayakan UEFA Cup. Nasri merupakan salah seorang yang berada dalam pasukan yang tewas pada perlawanan akhir Coupe de France pada 2006 menentang Paris Saint-Germain dan tewas juga pada perlawanan akhir 2007 menentang Sochaux.
Pada 20 May 2007, Nasri dipilih sebagai French Ligue 1 Young Player of the Year mengatasi Jimmy Briand dan Karim Benzema. Dia juga terpilih sebagai Marseille's player of the year oleh peminat kelab, menerima 62% undi. Dia juga menerima gelaran "new Zizou" berdasarkan kemahirannya.
Arsenal
Pada 11 Julai 2008, Nasri menanda tangani kontrak bersama Arsenal sebanyak £12.7 million (€16 million). Membuat penampilan pertama bersama Arsenal pada 30 Julai menentang VfB Stuttgart di German selama hampir sejam. Menjaringkan gol pertama dalam Premier League ketika membuat penampilan pertama menentang West Bromwich Albion pada jarak dekat, selepas 4 minit bermain pada perlawanan sulung, pada 16 Ogos 2008. Biarpun masih belum disahkan oleh Arsenal tetapi gol tersebut dianggap gol terpantas untuk pemain yang pertama kali membuat penampilan buat arsenal. Pada 27 Ogos, Nasri membuat penampilan pertama dalam Champions League pada 3rd Qualifying Round 2nd Leg menentang FC Twente, menjaringkan gol selepas 26 minit permainan. Pada 8 November 2008, Nasri menjaringkan kedua-dua gol Arsenal pada kemenangan 2–1 ke atas Manchester United.
Berikut merupakan beberapa peristiwa buat pemain ini. Hanya yang menarik adalah beliau merupakan pemain Islam yang Berjaya menapak di bumi Arsenal. Sememangnya Arsenal mempunyai ramai pemain Islam seperti Kolo Toure, van Persie, Armand Traroe dan lain-lain.

1 comment: