About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Sunday, May 31, 2009

Kerana SAYANG

Manusia dan keinginan
Senantiasa berjalan beriringan
Tak mampu dipisahkan
Kitalah manusia itu
Selagi nyawa dikandung badan
Kita kan senantiasa berkehendak..

Andai menginginkan kasih sayang Allah swt
Setiap perintah-Nya dipenuhi
Setiap larangan-Nya dijauhi
Kesalahanan diri ditangisi
Dosa-dosa lalu disesali
Hari-hari berikutnya dilalui dengan
bersulam doa dan pasrah kepada-Nya
"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang-orang yang diberi nikmat
dan bukannya jalan mereka yang dimurkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat"

Andai mahu memenuhi kehendak iblis laknatullah
Berbuatlah sesuka hatimu ...
mahu berpelukan...berciuman ?
mahu menodai insan lemah ?
mahu menafikan kebenaran ?
mahu kecam-mengecam ?
mahu memfitnah insan yang tidak bersalah?
hingga musnah peradaban insan
hingga terpecah ikatan persaudaraan

Kita ini bersaudara...
kerana kasih-sayang sesama saudara
apabila melihat kemungkaran
akan ada segolongan insan
yang mencegah kebatilan
atau paling tidak dengan hati mereka
biarpun mereka tidak sesempurna mungkin
biarpun mereka pernah berdosa
biarpun masa depan tak pernah tahu bagaimana
biarpun diri bakal dibenci manusia
tak mengapalah andai dibenci makhluk
tatkala tegur menegur sesama saudara
asal tanggung jawab bersaudara terlaksana
ketahuilah insan...
kerana sayang, suami akan menegur isteri
kerana cinta, ibu ayah akan menegur anak-anak
kerana merasa berat, pemimpin akan menegur bawahan
kerana kasih jugalah...
akan ada sahabat...rakan...teman...
yang sanggup memberi teguran
ini semua semata-mata kerana sayang...
demi memelihara semangat persaudaraan ...

No comments:

Post a Comment