KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar memberitahu bahawa rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri seiring mendukung prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media.
Iklan | |
| |
Berpegang kepada prisnsip itulah, beliau telah membuat ketetapan membenarkan semua pihak media membuat liputan persidangan Dewan Negeri Perak pada 7 Mei ini.
"Semua media termasuk mana-mana media yang telah dihalang untuk masuk dewan diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Permohonan boleh dibuat mulai 9.00 pagi pada 4 Mei 2009.
"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya," katanya dalam kenyataan yang disiar dalam blognya.
Katanya beliau menggunakan Perintah-perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan dan Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi.
Arahan itu kata Sivakumar dikeluarkan untuk menjamin prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media malah rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.
"Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri,"katanya.
Sementara itu dalam bolgnya itu juga menjelaskan bahawa Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang media untuk membuat liputan berpandukan kepada peruntukan yang ada dalam Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan
"Tuan Speaker boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil mana-mana jurnal kerana menghadiri persidangan Dewan di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa. Jika wakil itu melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu boleh dibatalkan.
"Adakah perintah-perintah tetap ini memberi kuasa kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan arahan menyekat mana-mana media membuat liputan sidang? Bukankah arahan beliau untuk melarang beberapa media merupakan salahguna kuasa?," katanya. - azm_
No comments:
Post a Comment