Aku bangkit hari sangat lewat, namun sempat aku mengerjakan solat Subuh. Pagi ini tersangatlah nyaman. Semalaman aku bermain futsal selama melebihi sejam. Pengalaman aku bermain sebegitu lama sudah pasti tidak akan aku lupakan. Kami bermain dalam pertandingan yang digelar “king” iaitu apabila satu-satu pasukan menjaringkan gol, pasukan itu akan kekal di gelanggang dan pasukan yang dibolosi akan digantikan dengan pasukan lain. Pasukank aku dapat bertahan selama 10 perlawanan tanpa kalah. Sememangnya aku tidak akan lupakan. Sehinggakan aku mengalami kecederaan dibahagian “groin” namun demi memenuhi permintaan rakan untuk hari terakhir di cfsiium.
Sebelum itu adalah peperikasaan terakhir bagi UNGS program. Aku melonjak kegembiraan dan setelah menghantar kertas jawapan, aku terus mengambil gambar bersama-sama rakan dalam group one. Semua kenangan yang telah kami lalui bersama menjadi kenangan terindah dalam hidupku. Ramai juga rakan-rakanku dari group lain mencemburui hubungan antara kami yang begitu erat.
Kini aku bersiap sedia untuk melangkah pergi dari sini, bumi petaling jaya ini. Banyak pengalaman yang berguna telah aku timba. Yang baik, yang buruk, yang suka, yang duka, yang memilukan, yang menyakitkan semua dapat aku rasai. Aku memegang jawatan ketua biro kebajikan @ Lujnah welfare. Dibantu oleh seorang pembantu yang sangat menyokong segala keputusan yang aku lakukan iaitu Nabilah parman a.k.a kak abi. Berbagai program yang Berjaya kami anjurkan dan aku merasa begitu gembira dengan segala aktiviti yang telah dianjurkan. Bermula dengan jamuan bubur lambuk yang di anjurkan oleh MEDCY. Pengalaman memasak bubur lambuk memang sangat menarik. Kemudian program seterusnya adalah Zenith of Khalifah yang merupakan program terbesar anjuran MEDCY, dan Welfare mengajurkan program Pernim Action Team dimana kami membuat kempen mengenai sebuah pusat perlindungan untuk pesakit AIDS. Segala berjalan lancar. Talk, forum, dan akhir sekali lawatan ke Rumah Pernim di Cheras. Sungguh menghayat hati semua committee yang turut serta dalam lawatan tersebut. Berikutnya adalah lawatan ke kuantan yang sungguh menarik. Dan tahun pertamaku di cfsiium diakhiri dengan kejohanan SMAC, anjuran FSCC CFSIIUM. Aku membantu pasukan bola sepak medcy merangkul kejayaan pingat perak setelah kami tewas pada perlawanan akhir menentang pasukan ENGINIUSS melalui sepakan penalti.
Tahun kedua bermula dengan sesi penerimaan committee baru. Tapi sebelum itu aku dipilih mewakili pasukan bola sepak CFSIIUM menyertai inter Kuliyyah championship di IIUM Gombak. Biarpun pada masa tersebut pasukan aku boleh dikira sebagai underdog tetapi kami Berjaya layak ke perlawanan akhir namun tewas dan berpuas hati dengan pingat perak. Pada kejohanan itu pengalaman paling memilukan bagiku adalah apabila dilayangkan kad merah setelah bertindak menolak pemain lawan.
Tahun kedua ku di CFSIIUM, aku menerima dua orang junior yang sangat spotting dalam keluarga Welfare. Bunyamin Khair dan Nor Rashidah @ Rara adalah pembantuku dalam welfare. Kami berkerjasama untuk menjaya pelbagai program seperti trip to Rumah damai, trip to raudah sakinah, one heart one soul we care for you, trip to kuantan dan macam-macam lagi. Aku juga menyertai SMAC namun kali ini pasukan MEDCY gagal melepasi peringkat kumpulan.
Kini segala kenanganku di CFSIIUM akan ku abadikan selamanya. Buat ahli batch 13 mbbs, jumpa lagi di Kuantan. Semoga impianku untuk menjadikan batch kita batch terbaik sepanjang zaman terlaksana.
haik..??x tau pun sal one heart one soul we care 4 u tuh..??huhuhuhuhuh...
ReplyDelete