21 Mei 2009, buat pertama kali aku melangkahkan kakiku ke bangunan mahkamah. Pada hari tersebut setelah aku menyelesaikan beberapa perkara di CFSIIUM, aku segera ke Istana Kehakiman di Putrajaya, Bandar pentadbiran Negara kita. Sebenarnya aku menghadiri sebutan kes rayuan zambry kader, mb haram negeri perak untuk aku pun tak tahu istilah apa yang hendak aku guna, tapi lebih kurang macam membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel hakim mahkamah tinggi yang mengisyhtiharkan Ir Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah. Bangunan yang tersergam indah itu menjadi perdebatan antara peguam zambry atau pun lebih dikenali di kalangan rakyat perak yang cintakan keadilan sebagai zombey dengan peguam Nizar. Pada masa tersebut keadaan mahkamah tenang. Terdapat segelintir penyokong pakatan rakyat menunggu, termasuk beberapa pemimpin pakatan rakyat seperti Lim Kit Siang, Nge Kho Ham, dan Nga Kor Ming. Perbicaraan berjalan seperti biasa. Sehingga jam 1 tengah hari siding mahkamah ditangguhkan untuk berehat. Aku dapat melihat pemimpin yang aku kagumi, Ir Nizar yang dilihat keluar dari kamar lalu segera ke surau yang berhampiran untuk solat Zuhur. Aku turut serta tapi tidak berkesempatan untuk berjamaah bersama kerana ada beberapa urusan yang aku kena selesaikan. Namun aku sempat berjumpa dengan beliau. Aku sempat menyatakan sokongan terhadap beliau. Aku sebenarnya tak ada modal pun untuk berbual dengan beliau. Aku hanya mengatakan bahawa pakcikku berkirim salam kepada beliau. Pakcikku memang kenal sangat dengan Ir Nizar.Perbicaraan tersebut berlanjutan sehingga pukul 5 petang. Aku segera pulang kerana terlalu mengantuk.
22 Mei 2009, Mahkamah pada semalamnya telah ditangguhkan dan keputusan mahkamah diketahui pada hari tersebut. Aku dapati ramai penyokong telah berkumpul di dalam mahkamah. Keadaan semangnya hangat. Namun keputusan tidak menyebelahi pakatan rakyat setelah hakim bertindak menyatakan hakim mahkamah tinggi membuat kesilapan dalam membuat keputusan. Dari situ aku mendengar pelbagai berita-berita mengenai keputusan yang dibuat.
1. Ada seorang pakcik memberitahu bahawa sahabatnya mendapat berita kekalahan tersebut dari media seperti televisyen dan radio sedangkan pakcik tersebut masih berada di dalam kamar dan masih belum ada keputusan.
2. Seorang pemuda juga memberitahu pada semalamnya hakim seolah-olah terpukau dengan hujah yang dikemukakan oleh peguam nizar dan tiada soalan yang di utarakan. Namun mereka terpaksa menangguhkan perbicaraan dan pengumuman keputusan. Mereka telah dipanggil oleh ketua hakim.
3. Ada yang menyatakan terdapat konspirasi antara hakim dengan kerajaan, sehinggakan ada satu blog yang menyatakan keputusan akan memihak kepada BN. Aku rasa ada benarnya konspirasi ini.
Inilah sebahagian berita yang aku dengar. Ada yang tidak berpuas hati kerana kerajaan negeri dirampas sebegitu rupa. Ada yang mendoakan agar ada adun BN yang mati bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan. Macam karenah dapat aku lihat. Tapi sememangnya rakyat perak tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa. Ada juga golongan yang atas pagar turut tidak menyokong tindakan kerajaan kudeta BN merampas kuasa. Bagi aku senang, bubarkan sahaja dun biarlah rakyat menentukan kembali kerajaan yang layak. BN menyatakan Nizar perlu bersabar menunggu pilihan raya akan datang tetapi kenpa mereka si BN tidak sabar-sabar dan terus merampas kuasa sebegitu rupa. Fikirkanlah………
No comments:
Post a Comment