About Me
- aizat nasri
- 1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)
Saturday, May 9, 2009
Meluahkan Kebencian Terhadap Tindakan Kerajaan Kudeta BN di Perak..
8 Mac 2008 merupakan detik bersejarah negeri perak apabila buat pertama kalinya kerajaan negeri perak ditadbir pakatan pembangkang. lalu Ir Nizar Jamaluddin dilantik menjadi menteri besar perak yang kesepuluh dan masih sah sehingga ke hari ini. namun kekejaman kerajaan BN yang angkuh dan tidak reti sabar telah secara kejam menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat yang dipilih secara adil oleh rakyat perak. Namun pemimpin yang saya sayangi Ir Nizar tidak menyerah kalah. semangat beliau masih lagi membara dan masih menunggu keputusan mahkamah mengenai kedudukan Nizar sebagai menteri besar. selain itu tak ramai juga yang menuduh nizar sebagai penderhaka. NIZAR BUKAN PENDERHAKA. jika disingkap kembali pemimpin UMNO-BN yang telah banyak menderhaka terutama semasa pimpinan Tan Sri Ghazali Jawi. Sultan pada ketika itu tidak mahu memperkenankan beliau sebagai MB perak atas beberapa sebab sehinggakan sultan sanggup bernazar untuk tidak mencukur janggut dan misai serta rambutnya. biarpun sultan meletakan syarat kepada beliau untuk menjadi MB selama 2 tahun namun beliau masih lagi berdegil dengan menyatakan tiada perlembagaan yang menyatakan MB perak boleh menjadi MB selama 2 tahun sahaja. wahai rakyat perak, lihatlah sendiri kekejaman kerajaan BN. tidak terhenti disini semasa kempen pilihanraya baru-baru ini dilihat pelbagai tomahan dilontarkan kepada nizar. zambry telah menuduh nizar sebagai boneka DAP dengan memberi tanah kepada Cina. sedangkan zambry sendiri meneruskan polisi yang telah diperkenalkan oleh pakatan rakayat. zambry sekali lagi membuat penipuan setelah dia mengaku memberi tanah kepada penduduk bukit gantang sedangkan nizar telah lama meluluskan pemberian tanah di situ. ya ALLAH berilah kekuatan kepada Nizar. pada 7 may sekali lagi menampakkan kekejaman BN apabila dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan speaker yang dianggap hero bagi rakyat perak dan digantikan dengan speaker yang tidak sah. semakin kalut keadaan di perak. bagaimana boleh berlaku sidang dewan sedangkan speaker tidak memulakannya lagi. bagaiamana timbalan speaker dari jelapang boleh mengambil alih tugas speaker sedangkan speaker masih lagi ada di dalam dewan. secara logik lantikan ganesan adalah HARAM. tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah in melainkan kuasa rakyat dikembalikan. buat Sultan Azlan, patik mohon perkenan tuanku untuk bubar dewan undangan negeri perak. patik merayu dengan kebijaksanaan tuanku untuk mempertimbangkan keadaan di perak yang semakin meruncing yang mungkin akan menyebabkan berlaku kejadian seperti di perak. PATIK POHON SEMBAH DERHAKA.....
Labels:
Politics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment