Aduh letihnya aku hari ini. Maklumlah baru pulang dari bercuti di Port Dickson. Banyak pengalaman yang aku hendak kongsi dengan semua yang membaca blogku ni. Perancangannya bermula apabila aku hendak menghantar afiq, teman sebilikku untuk pulang. Lalu ramailah yang berkumpul dihadapan UKC1. Setelah afiq pulang, muncul dari mulut seseorang memberitahu bahawa mereka merancang untuk ke Port Dickson pada keesokkan harinya. Aku pun berfikir sebentar dan akhirnya aku membuat keputusan untuk bersama mereka ke Port Dickson. Pada awalnya seramai 10 orang yang aku turut serta dalam program kami ini. Namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, 2 orang daripada kami tidak dapat menyertai expedisi kami. Hanya tinggal aku,dan,afiq,haniff,anip,kali,din dan bunk.
Hari yang ku tunggu telahpun tiba. Setelah selasai beberapa urusan, aku segera berangkat menuju ke Masjid Nilai berhampiran dengan campus IIUM Nilai. Aku bersolat Zuhur dan menunggu sahabatku yang lain. Hampir 2 jam aku menunggu akhirnya mereka tiba. “Kami baru lepas settlekan ayam” itulah jawapan aku terima setelah mereka sampai di masjid nilai. Dari situ kami segera berangkat menuju ke Port Dickson. Pada mulanya aku ingat kami akan mengikut lebuhraya PLUS untuk ke sana. Namun kekeliruan berlaku dan kami akhirnya mengambil laluan lebuh raya LEKAS. Namun kali memberitahu ku, lebuhraya tadi hanya berpusing di tempat yang sama. Aku rasa keliru dengan kenyataan tersebut namun aku hanya mengiyakan sahaja.
Kami menuju ke Senawang untuk mengambil bunk di sana. Beberapa kali kami tersesat jalan dan sebanyak itu juga kami melakukan aksi-aksi ngeri di atas jalan raya. Aduh hampir-hampir kemalangan pun ada. Yang paling aku tidak boleh lupakan adalah apabila sekumpulan lembu melintas jalan. Dengan muka yang agak selamba, lembu-lembu tersebut tidak menghiraukan kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya. Setibanya waktu asar kami singgah di salah sebuah masjid di pekan rembau. Di sinilah bermula sesuatu yang mengerikan buatku.
Terlalu lama duduk di dalam kereta membuatkan aku kurang selesa. Setelah berhenti di masjid, aku segera ke tandas. Aku dapati tandas lelaki sudah dimasuki oleh sahabatku yang lain. Tinggal aku dan Din sahaja. “Din jom pi tandas perempuan, bukan ada orang lain pun. Kita je yang ada kat sini,” aku mengajak din untuk menggunakan tandas perempuan. Nasib malangku bermula. Tiba-tiba tanpa aku sedari telefon bimbitku terjatuh dalam lubang tandas tersebut. Aduh aku menjadi cemas. Aku tidak kisah kalau telefon tersebut rosak tapi aku akan hilang semua nombor sahabat-sahabatku yang lain. Jadi kepada mereka yang mengaku sahabat aku, sms aku dan jangan lupa sertakan nama anda. Aku pun tanpa berfikir panjang memasukkan tanganku untuk mencapai telefon tersebut. Bau??? Usah ceritalah, memang busuk gila. Aku pun bersihkan telefon dan tanganku. Aku simpan telefon tersbut di dalam plastic beg. Inilah pengalaman paling busuk yang pernah aku alami. Jadi nasihatku sebelum masuk tandas pastikan telefon anda berada pada kedudukan yang stabil.
Kami meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba di Port Dickson tepat jam 6.45 petang. Kami singgah di sebuah jeti yang agak daif untuk berehat. Setelah masuk waktu solat magrib kami segera ke masjid berhampiran. Aku pun bersiram di masjid tersebut. Telefonku aku rendam di dalam air sabun just untuk hilangkan bau. Tak tahulah apa dah jadi dengan telefon tersebut. Aku telah hantar ke kedai untuk diservis setelah aku pulang ke rumah.
Malam tersebut, kami berhenti di sebuah gerai untuk makan malam. Kami memang sangat lapar setelah perjalanan hampir 3 jam. Kemudian kami menunaikan solat isyak di stesen petronas. Setelah itu kami berpecah kepada 2 kumpulan. Aku, afiq dan din mencari apartment untuk disewa semalaman, manakala yang lain pergi mencari tempat untuk BBQ. Kami segera menyelesaikan tugas kami. Kumpulanku berjaya menemui apartment untuk disewa dengan harga RM70 semalaman, manakala sahabatku yang lain sudah menemui tempat yang sesuai untuk berBBQ. Akhirnya program kami pada malam tersebut bermula tepat jam 10 malam.
Aku menikmati keindahan pantai pada waktu malam itu. Sungguh besar ciptaan Allah, aku tidak putus-putus menyatakan rasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan. Alhamdulillah. Namun keindahan malam tersebut tercemar dengan aksi-aksi yang kurang sopan oleh pasangan-pasangan kekasih pada malam itu. Itu baru hari Isnin, tidak dapat aku gambarkan bagaimana keadaan di situ pada malam minggu. Aku hanya mampu berdoa supaya mereka dapat kembali ke jalan sebenar. Nasib baik tak terjadi tsunami malam itu. Allah sudah berfirman aku tak ingat samada ini ayat al-Quran atau pun Hadith wallahualam aku hanya tahu maksudnya “Sekali bala Allah dating tiada siapa yang terkecuali samada dia beriman atau kufur” lebih kurang seperti itu.
Namun aktiviti kami diteruskan pada malam itu seperti dirancang. Kami berBBQ dengan begitu gembira. Ayam dan sosej panggang adalah menu BBQ kami. Kami duduk bersama menikmati makanan tersebut. Kami juga turut bermain touch rugby yang turut mendapat sokongan dari pada pengunjung yang lain.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kami pun segera berkemas untuk menuju ke apartment yang telah kami sewa. Aku ingatkan mereka semua sudah penat namun setiba di sana dan,afiq,din,haniff dan bunk turun semula dan mandi di kolam renang berhampiran. Aku, anip dan kali terus tidur kerana terlalu penat. Keesokan harinya aku bangun lewat lantas terus bersolat Subuh. Yang lain semua masih tidur lalu aku jerit supaya bangun untuk bersolat. Memang indah pemandangan pantai dari apartment kami. Kali dan din keluar membeli sarapan, nasi lemak dan roti canai. Setelah selesai sarapan, kami berangkat menuju ke pantai berhampiran untuk mandi laut. Pada mulanya aku sekadar memerhatikan mereka bermain air dengan riang. Aku sememangnya tidak gemar bermain air laut. MASIN!!!!! Namun atas pujukan kawan-kawan aku pun turut serta. Selepas itu kami menikmati ais-krim sebelum pulang ke apartment untuk berkemas dan berangkat pulang. Kami selesaikan solat Zuhur dan terus berangkat pulang. Anip diambil oleh abangnya yang tinggal berhampiran. Selepas itu kami singgah di sebuah gerai untuk makan tengah petang sambil menikmati menu spesial iaitu cendol.
Akhirnya berakhirlah program kami pada hari itu. Segala kenangan akan ku simpan. Terima kasih kerana membuatkan hidupku kembali ceria biarpun ada pengalaman pahit yang sukar untuk ku telan. Harapanku agar kami dapat sekali lagi mengadakan BBQ seperti itu mungkin di kuantan nanti.
wahhh!!~~~kdg2,walaupun kenangan pahit beribu tahun pun...akan ilang dengan indahnya manis selama sehari..huhuhuhuh!!~~dah okies ke phone kamu..??
ReplyDeleteSalam~
ReplyDeleteShake sayang, mane hang dapat kata-kata tu? Bukan ke pengalaman manis beribu tahun hilang ngan pahitnya selama sehari? Hahahah...
hah..?daha de kata2 tuh ke..??ntah shake wat sendiri la kak izat...
ReplyDeleteshake mmg xde kerja..
ReplyDelete