Letih betul hari ni. Smlm main futsal lepas exam sampai pukul 3.00pagi. hahahahaha sungguh memenatkan,tapi menyeronokkan. Pagi ni aku bangun agak lewat gak. Tp xda la smpi terbabas Subuh. Lantas ku buka laptop ku dan terus melihat apa2 yg boleh dibaca. Lalu aku buka web harakahdaily. Mcm2 cerita ada. Sungguh aku tertarik dengan perjuangan seorang tokoh yg tinggal di kampungku. Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Sememangnya aku kagum dengan ketokohannya, tp tidak smpi tahap aku mengagung2kannya. Dia merupakan seorang tokoh yg masih baru lagi dalam dunia politik di Perak. Sebelum bergelar MB Perak beliau hanya seorang engineer yg berkelulusan luar Negara. Aku pun x ingt sgt kat mane. Tp aku kagum kerana seorg engineer yg mendpt pndidikn bukan dari sek agama mmpu berdiri di surau2 dan masjid2 memberi tazkirah, tazkirah dan ceramah. Beliau mmg aktif dlm aktiviti dakwah. Ingin sekali aku mencontohi jejak langkah beliau.
Kehidupan beliau masih seperti biasa apabila dilantik menjadi MB Perak secara sah bukan secara rampasan kuasa yg diamalkan oleh UMNO/BN. Beliau membawa perubahan besar dalam corak pentadbiran di negeri Perak. Namun beliau tidak pernah lari dari segala tomahan dan fitnah. Ramai yg mendakwa beliau adalah boneka DAP. Memberi tanah kpd org2 cina, menindas org melayu dan sebagainya. Namun x ramai tahu, beliau turut mmperjuangkan bukan sahaja nasib org melayu bahkan perjuangan Islam. Sumbangan kepada sek agama rakyat diberikan sebanyak mungkin, pemberian wang kepada masji2 dan surau2 di Perak yg tidak pernah dibuat oleh kerajaan UMNo/BN. Byk penyelewengan yg dilakukan oleh umno/bn seperti pengambilan tanah utk pembinaan bangunan parti Berjaya diselongkar. Dan bermcm2 lagi. Tidak mahu aku menceritakan keburukan kerajaan sebelum ini. Biarlah urusan diorg dgn Allah. Aku ingin ceritakan ketokohan seorg pemimpin di Perak.
Nizar juga merupakan seorang pemimpin yg boleh berbhasa mandarin,tamil dan sbgnya. Menjadikan beliau seorg yg serba boleh dan mudah didekati oleh pelbagai kaum. Itulah asset yg berharga yg dimiliki beliau. Amat rugilah bagi rakyat Perak sekiranya kita kehilangan pemimpin seperti nizar. Baru-baru ini beliau menang kes dimahkamah yg mmbuatkn aku menangis apabila mengetahui berita terbabit. Sungguh aku rse sgt2 bersyukur dgn kemenangan itu. Namun taktik umn/bn menangguhkan semua itu adalah tidak berasas. Marilah kita sama2 mendoakan yg terbaik buat negeri Perak. HIDUP NIZAR….HIDUP NIZAR….HIDUP NIZAR….
No comments:
Post a Comment