Kawan-kawan, dah 3 minggu aku menjadi pelajar perubatan IIUM kampus kuantan. hurm rasa macam susah jugalah. hari-hari kena study. tak boleh tangguh buat revision. semua kena cover dalam tempoh seminggu, kalau tak jadi betimbun-timbun. tapi mustahillah nak hafal semua anatomy untuk 3bulan. boleh gila aku. tapi daripada nasihat senior, kenalah selalu aware dengan perkataan "this is very important" semasa lecture. sebab bahagian tu la yang berkemungkinan besar masuk exam.
sekali fail menjadi lumrah dalam kuliyyah perubatan ni. cuma aku kena sentiasa kuat semangat untuk study. jangan cepat putus asa. bak kata shariff, putus asa sifat syaitan. takut aku.
emm dah masuk kuliyyah perubatan ni tak ada masa aku nak ambil tahu pasal politik. alih2 pilihan raya manek urai dah selesai. pas menang tipis 65 undi majoriti. bangga si najib. tapi pengajaran juga buat pas. jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang. rakyat mudah lupa apanila ditaburkan dengan wang yang banyak. macam dekat perak. ramai dah mula suka dengan bn walaupun tak sampai setahun bn rampas kuasa secara tidak bermaruah. mereka lupa kut apa bn dah buat sepanjang 50thn perintah perak. kejap je tu. tak lama lagi bubar dun. kerajaan kudeta haram bn tak dapat guna duit sebab cek yang dikeluarkan tak sah. zambry pun tak dapat gaji as MB. kesian kat family dia nanti. kesian juga kat zambry tu. jadi boneka najib. sokonglah juga zambry sebab graduan uia. bkn salah dia pun rampas kuasa. tapi kadang-kadang ada tindakan dia yang kurang disenangi rakyat perak sebab nak ikut IR nizar. macam tak da personaliti sendiri. dah la tu kutuk nizar terang2 pasal polisi nizar tapi dia teruskan juga. tak fahamlah aku. hah cakap pasal politik tak kan berhenti aku ni.
banyak nak kena cover. biochem tak faham sgt. anat baca mcm2 tu je. tak pe lah. janji study. hidup islam. hidup pakatan rakyat. TAKBIR!!!!!
No comments:
Post a Comment