Salam ramadhan diucapkan buat sahabat-sahabat yang berada dibawah naungan rahmat Allah sekalian. Lama sungguh aku tak update blog aku ni. Terlalu sibuk dengan kuliah yang teramatlah padat. Kena ganti cuti emergency H1N1 pada week 3. Nak pergi main bola pun tak ada masa. Ni kan nak update blog.
Papepun Alhamdulillah dengan nikmat umur yang panjang dan yang paling penting nikmat iman dan islam, kita bertemu kembali dengan ramadhan pada kali ini. Bersyukur kehadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mana segala amalan digandakan pahala.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, didalam al-Quran surah al-baqarah ayat 183 bermaksud
“wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
Berdasarkan pada ayat ini dapatlah saya simpulkan disini bahawa umat Islam yang beriman hendaklah berpuasa kerana dengan puasa kita dapat membentuk diri kita menjadi lebih bertaqwa. Bulan ramadhan merupakan satu tempoh di mana kita dapat mentarbiyyahkan diri kita dengan pelbagai amalan yang menjanjikan pahala yang berganda. Namun apa yang saya kesalkan setelah kita menempuh bulan yang penuh barakah ini, kita seolah-olah meninggalkan amalan itu begitu sahaja tanpa ada follow up untuk bulan-bulan lain. Seolah-olah amalan itu hanya untuk bulan ramadhan. Kalau di bulan ramadhan kita mampu mengaji al-Quran setiap hari, qiamulail, dan sebagainya, namun apabila ramadhan tamat, kita kembali ke keadaan kita sebelum ramadhan. Mana perginya tarbiyyah kita dibulan ramadhan ini? Menjadi persoalan buat kita untuk sama-sama fikirkan.
Oleh itu sama-samalah merenung kembali, jadikanlah bulan ini sebagai titik permulaan buat kita untuk terus berada dalam keadaan bertaqwa. Biarlah kita mula dengan sedikit, contoh janganlah tiba bulan puasa baru nak ngaji, lepas tu ngaji banyak 1 juzuk sehari. Memang digalakkan cuma akan menjadi “culture shock” buat mereka yang baru hendak mulakan. Biarlah sedikit tapi berterusan barulah tercapai matlamat bulan ramadhan.
Akhir kalam sambutlah ramadhan kali ini dengan penuh kesyukuran dan ibadat kepada Allah. Jangan biarkan ramadhan pergi sesaat pun tanpa sebarang amalan. Ingatlah kita tidak pasti akan bertemu dengan ramadhan akan datang atau tidak. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment