Lama dah aku tak post kat sini. busy dengan pendaftaran masuk ke kuantan. Fuh penat aku sepanjang minggu taaruf. so aku just nak share la cerita beberapa hari sebelum, semasa mendaftar ke iium kuantan. aku bertolak awal. mama aku nak sgt jalan2 ke terengganu. ish3. antara yang ikut nk hantar aku cam opah, 4 org kazen aku selain family aku. Aku bertolak ptg ahad. perjalanan mmg memenatkan. jauh gila. dah la dgn kereta avanza yg macam tin ikan sardin. padat. baru aku rase camne member2 aku yg dtg dari pantai timur untuk pulang ke kampung. mmg penat gile. hahaha. aku smpi ke cherating pd pukul 10 mlm. terus punggah barang n tido. thanks to asma sebab carikan tempat utk family aku utk stay malam tu. to syuha pun terima kasih la sbb bg byk nombor tmpt penginapan. huhuhu.
keesokan harinya aku n family pergi la mandi kat pantai cherating tu. best la gak. mama aku punya excited pergh mngalahkan budak2 4thn. hahaha. 1 pengalaman yg aku x boleh lupa. aduh ai. elok je tgh mandi tetiba je seluar aku koyak. sbr je la. cepat2 aku balik. kne la cover. baik punya cover. hahaha klaka je.
tgh hari tu aku n family pergi la ke terengganu. cadang nak pergi sampai ke kuala terengganu. tp bile tgk 200km ke k.terengaganu. aku pikir 2 kali. hahaha. jauh gila. sampai la ke kerteh. tempat byk minyak. haha kazen2 aku yg kecik2 cam kagum tgk api kuar dari cerombong kilang process minyak tu. hahaha mcm2.
7 julai, hari aku melangkah masuk ke iium kuantan, bkan sbg pelawat, tetapi sbg seorg yg bergelar mahasiswa. fuh cam cuak gak aku. akhirnya semua selesai. alhamdulillah. pendaftaran lancar. aku pun check in kat im2. mahallah for brothers. jauh gak dari campus. kne la cari knderaan nnt. bas pun kdg2 x tentu even uia sediakan bas shuttle.
mase minggu taaruf lagi la penat. fuh dengan pakai batik, yg x basuh2, latihan baiah, mcm2. mmg penat. tp bila dah abz, cam lega sgt2. hahahaha. semoga perjalanan aku di sini di rahmati Allah. doakan kejayaan aku utk kesejahteraan ummah Islam.
No comments:
Post a Comment