alang-alang dah lama tak menulis ni baik la aku tulis 2 post skali gus. sekadar untuk perkongsian kita bersama. kalo tak takda la namanya tazkirah.
sedekah ni amalan yang mulia. kita dapat hulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. memberikan sumbangan kepada yang susah. membantu kepada yang berada dalam serba kekurangan. seperti firman Allah dalam surah Al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud:
"bantulah kamu antara satu sama lain ke arah kebaikan, tapi janganlah kamu membantu antara satu sama lain kearah kemungkaran dan dosa"
bersandarkan ayat ini kita dapatlah kita rumuskan bahawa kita hendaklah menolong seseorang yang memerlukan kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan yang menganjurkan kearah kebaikan.
dalam surah Al-Baqarah ayat 245 Allah berfirman:
" barang siapa yang menginfakkan harta ke jalan Allah dengan baik maka Allah akan melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan rezeki dan kepada-Nya kamu dikembalikan"
dalam ayat ini menyatakan bahawa kita amatlah digalakkan untuk menyumbangkan harta atau bersedekah pada jalan Allah. janganlah kita khuatir tentang rezeki akan berkurangan. kalau niat kita betul nescaya Allah akan gantikan dengan rezeki yang banyak. kerana Allah itu maha pemberi rezeki. Dialah yang mengaturkan rezeki untuk kita.
oleh itu marilah kita sama-sama mengeluarkan sumbangan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan, sama seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 215 yang bermaksud:
"harta apa sahaja boleh kamu infakkan(sedekah)dan hendaklah diberikan kepada kedua ibu bapa, anak yatim, orang miskin, dan orang yang dalam perjalanan(musafir)"
jadi aku nak menyeru kepada semua marilah kita memupuk amalan sedekah kerana Allah telah memberikan jaminan rezeki yang berlipatkali ganda kepada mereka yang besedekah.
sekadar perkongsian dari diriku untuk dirimu. wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment