About Me
- aizat nasri
- 1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)
Saturday, October 24, 2009
emm.......
dah lama dah tak taip blog ni. busy sangatlah. mcm2 nak kena buat. exam, cuti, dan lain2. tak tahu la nak taip apa. maybe dah tak ada idea kut. hahaha. 5 november tarikh penting buat rakyat perak. perbicaraan kes nizar yang akan disebut di mahkamah persekutuan. ternyata ini adalah usaha terakhir pejuang demokrasi di perak. lepas ni kalo si zambry tu tak berani nak bubar dun tak tahu la. kesian kat dia jadi MB tak da gaji. ish3. duit kerajaan negeri pun tak boleh kuarkan sebab kerajaan tak sah. so banyak projek terbengkalai. konon la banyak pembaharuan tapi 1 pun tak jalan. tak ada duit. kalo ada pun ihsan dari kerajaan persekutuan bn yang dipimpim 1 dirty malaysia. hahahaha. tak pe la. doakan keputusan berpihak pada pihak yang benar. pape pun akhir bulan ni sidang dun perak pulak diadakan. emm sidang ni terang2 tak sah. sebab speaker haram. ganesan tu ntah sape la lantik. siva kumar masih sah lagi ek. jangan la bawa undang2 rimba. bak kata zambry kan. 1 benda penting dalam hidup aku akan berlaku. just wait and see.
Saturday, September 19, 2009
Salam Aidilfitri
Setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, akhirnya tiba Syawal yang mulia. Hari di mana semua umat Islam meraikan kemenangan mereka melawan hawa nafsu bagi mereka yang ikhlas berpuasa. Namun aku hairan kenapa pada zaman kita hari ini, syawal disambut begitu melampaui batas syariat dan agama. Siaran televisyen dengan pelbagai program yang melalaikan, artis menyanyi tanpa ada batasan. Aku kesal, bulan yang sepatutnya di isi dengan laungan takbir dan tahmid telah tercemar dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ayuh mari kita ubah semua ini. Kita amalkan cara baru mengisi Hari Raya. Pada malam Raya kita digalakkan bertakbir sebanyaknya dan mengadakan qiamulail. Pada paginya kita pergi ke masjid untuk solat AidilFitri dan khutbah, inilah ibadah yang penting yang menandakan hari Raya. seterusnya amalan kunjung-mengunjung sesama saudara, jiran tetangga dan rakan. Esoknya pula kita isi dengan berpuasa 6 hari seperti dalam hadis menyatakan barang siapa berpuasa penuh sebulan ramdhan dan menambah 6 hari di bulan Syawal,maka diibaratkan berpuasa selama setahun. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...
Thursday, September 10, 2009
10 malam terakhir
alhamdulillah dengan berkat umur yang panjang daripada Allah, kita telah berjaya memasuki fasa 10 malam terakhir bulan ramadhan. Begitu cepat masa berlalu, tanpa disedari ramadhan hampir meninggalkan kita. Marilah kita mengambil peluang di 10 malam terakhir dan paling penting kita cuba mencari malam 1000 bulan lailatul Qadr. Istiqamahlah dalam menempuh 10 malam yang terakhir. Moga kita di ketemukan dengan Lailatul Qadr
Wednesday, August 26, 2009
ACUTE MINITEST SYNDROME
Penyakit baru telah ditemui melanda pelajar Y1B1 MBBS IIUM dan bakal menjadi parah pada 1 september nanti. Penyakit tersebut adalah ACUTE MINITEST SYNDROME. Beberapa orang pelajar telah didiagnos menghidapi penyakit ini. Antara symptoms2 yang boleh dilihat:
1. Kurang tidur malam yang membawa kepada kemerahan kepada mata.
2. Bangun terlalu awal untuk study dan review subjek yang telah lupa.
3. Nota sentiasa berada di tangan.
4. Sentiasa duduk di meja study.
5. lambat makan even waktu berbuka dah lama masuk.
6. Study group mula terbentuk.
Bagi mereka yang mengalami symptoms ini di harapkan agar dapat berdoa dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah supaya penyakit ini sembuh. Selamat menghadapi mini test.
1. Kurang tidur malam yang membawa kepada kemerahan kepada mata.
2. Bangun terlalu awal untuk study dan review subjek yang telah lupa.
3. Nota sentiasa berada di tangan.
4. Sentiasa duduk di meja study.
5. lambat makan even waktu berbuka dah lama masuk.
6. Study group mula terbentuk.
Bagi mereka yang mengalami symptoms ini di harapkan agar dapat berdoa dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah supaya penyakit ini sembuh. Selamat menghadapi mini test.
Pengalaman pahit ramadhan pertama...
Fuh selesai semua urusan aku kat balai. Pengalaman 1 ramadhan yang tak dapat aku lupakan. Ceritanya macam ni, aku baru je pulang dari pekan petang 1 ramadhan. Dah pukul 4.55 ptg. Aku dengan wan baru balik dari pusat photocopy, ambil notes untuk lecture semalam. Di pendekkan cerita, hari hujan semasa kami on the way ke campus, nak bagi notes kat sister. Tiba di satu simpang, traffic light merah masa tu. Kami pun berborak. Elok je dah turn green, aku masuk gear 1 tetiba dentuman kuat kat belakang kereta aku. Apa lagi aku pun toleh la tengok, masa tu hujan lebat, aku malas nak kuar dari kereta. Ada 1 kereta proton wira kat belakang aku. Aku pun rileks je la. Cam tak caya rupa2 aku accident. Cam mimpi pun ada gak. Memang aku tergaman sekejap. Aku pun kuar dari kereta, meredah hujan yang sgt lebat. Suddenly aku terkejut, bukan sebab kereta aku rosak teruk, tapi sebab ada lagi 1 kereta yang terlanggar belakang kereta wira yang langgar aku. Pemandunya perempuan, dalam keadaan trauma. Langsung tak nak kuar dari kereta. Ramai org berhenti tepi jalan nak tengok kejadian itu. Fuh memang dahsyat. Lepas tu datang la beberapa orang mechanics aku pun tak tau siapa yang contact. Mereka pun settlekan hal kereta kami. Kami pun dibawa ke balai.
Dalam kalut2 tadi aku tak tahu nak contact siapa. Dalam kepala aku ingat mama dan ayah. Lepas tu aku Tanya wan, nak call siapa. Lalu muncul 1 nama yang aku tak sangka, afiq rohimi. Kenapa la aku tak fikir camtu. Call afiq, dia pun datang dengan faiz, macha, azhar. Da kawan aku nak pi balai.
Sampai2 balai polis tak nak proceed dengan report kami. Mereka cakap tunggu lepas berbuka. Dah la cakap dengan nada yang kasar, memang polis umno. Benci betul. Kami pun pulang untuk berbuka. Lepas selesai berbuka n solat aku pergi semula ke balai. Buat report for the very first time. Akhirnya semua settle. Pemandu perempuan yang kat belakang kena saman. Kami boleh claim insurans dia. Alhamdulillah yang paling penting tak da yang cedera, Cuma belakang aku sakit skit, impact maksima. Hahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)