About Me
- aizat nasri
- 1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)
Saturday, September 19, 2009
Salam Aidilfitri
Setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, akhirnya tiba Syawal yang mulia. Hari di mana semua umat Islam meraikan kemenangan mereka melawan hawa nafsu bagi mereka yang ikhlas berpuasa. Namun aku hairan kenapa pada zaman kita hari ini, syawal disambut begitu melampaui batas syariat dan agama. Siaran televisyen dengan pelbagai program yang melalaikan, artis menyanyi tanpa ada batasan. Aku kesal, bulan yang sepatutnya di isi dengan laungan takbir dan tahmid telah tercemar dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ayuh mari kita ubah semua ini. Kita amalkan cara baru mengisi Hari Raya. Pada malam Raya kita digalakkan bertakbir sebanyaknya dan mengadakan qiamulail. Pada paginya kita pergi ke masjid untuk solat AidilFitri dan khutbah, inilah ibadah yang penting yang menandakan hari Raya. seterusnya amalan kunjung-mengunjung sesama saudara, jiran tetangga dan rakan. Esoknya pula kita isi dengan berpuasa 6 hari seperti dalam hadis menyatakan barang siapa berpuasa penuh sebulan ramdhan dan menambah 6 hari di bulan Syawal,maka diibaratkan berpuasa selama setahun. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment