Haiwan ini amat mudah dijaga walau penjaganya adalah seorang yang kurang upaya. Pemeliharaan tidak memerlukan kawasan yang luas. Sumber makanan yang murah dan mudah diperolehi di sekitar kediaman. Haiwan ini tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menganggu kejiranan. Bau najis yang amat minima. Boleh dibela di dalam rumah samada jenis flat atau kondominium. Arnab tidak pandai menyerang walau dalam keadaan terdesak. Tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penternak atau masyarakat keliling. Cepat berkembang biak. Tahan lasak. Boleh dibawa dengan mudah menggunakan pelbagai kenderaan. Mudah dipasarkan samada sebagai arnab hidup atau sebagai daging arnab. Daging arnab lebih dikenali sebagai daging putih ( white meat ) merupakan daging rendah lemak dan amat sesuai dijadikan sajian terbaik untuk keluarga. Secara asasnya, daging arnab adalah :
1. rendah kolesterol
2. rendah kalori
3. rendah lemak tepu
4. tinggi protein
5. rendah sodium
* Sumber: USDA Circular 547, 549.
No comments:
Post a Comment