About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Monday, May 4, 2009

'Rakyat berhak tahu gerak-geri wakil rakyat mereka' - V.Sivakumar

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar memberitahu bahawa rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri seiring mendukung prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media.

Iklan

Berpegang kepada prisnsip itulah, beliau telah membuat ketetapan membenarkan semua pihak media membuat liputan persidangan Dewan Negeri Perak pada 7 Mei ini.

"Semua media termasuk mana-mana media yang telah dihalang untuk masuk dewan diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Permohonan boleh dibuat mulai 9.00 pagi pada 4 Mei 2009.

"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya," katanya dalam kenyataan yang disiar dalam blognya.

Katanya beliau menggunakan Perintah-perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan dan Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi.

Arahan itu kata Sivakumar dikeluarkan untuk menjamin prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media malah rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.

"Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri,"katanya.

Sementara itu dalam bolgnya itu juga menjelaskan bahawa Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang media untuk membuat liputan berpandukan kepada peruntukan yang ada dalam Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan

"Tuan Speaker boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil mana-mana jurnal kerana menghadiri persidangan Dewan di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa. Jika wakil itu melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu boleh dibatalkan.

"Adakah perintah-perintah tetap ini memberi kuasa kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan arahan menyekat mana-mana media membuat liputan sidang? Bukankah arahan beliau untuk melarang beberapa media merupakan salahguna kuasa?," katanya. - azm_

Idham pertahan isu 'bomoh' Zambry, jampi Dewan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) Drs. Kahlil Idham Lim hari ini mempertahankan kenyataan yang dibuat semalam berhubung tindakan Dr Zambry Abdul Kadir membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker.
Iklan

"Pada kesempatan ini saya ingin memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh.

"Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini," katanya dalam blognya.

Selain itu beliau tidak berhajat menyeret mufti dalam isu tersebut namun jika di waktu kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan, adalah wajar memberi respon yang segera juga dalam hal terbabit.

"Mufti sangat cepat mengeluarkan pandanganmengenai hukum orang bukan Islam baca Quran, apalah salah saya kalau saya meminta mufti mengeluarkan pendapatnya menurut hukum Islam kalau Dewan sampai di jampi sedemikian rupa," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Semalam dilaporkan Zambry telah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Idham itu yang turut mengaitkan isu provokasi dan gangguan pihak tidak bertanggungjawab terhadapa Adun-Adun Pakatan Rakyat menjelang Sidang Dun 7 Mei ini.

Berikut adalah antara petikan kenyataan Idham di dalam blognya baru-baru ini :-

"Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dan BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut." - azm _

testing-testing.....

hahaha masa berblog telah tiba.....