About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Wednesday, May 2, 2012

UTUSAN MELOYAkan

Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad. Ustaz Zaharuddin

No comments:

Post a Comment