Sangat sedih semalam setelah majlis restu ILMU. Rasa sebak dalam hati untuk mengakhirkan kelas terakhir BMS hari ini. 2 tahun kami 13th Legacy bersama dengan BMS(Basic Medical Sciences) Department, terlalu pantas masa berlalu. Kami lalui segalanya bersama-sama. Pahit, manis, gelak tawa, suka-duka, nangis, menang, kena marah, kena puji, bergaduh, kami lalui dengan semangat persahabatan yang begitu erat. Setiap orang mempunyai ragam masing-masing. Kadang-kadang pening untuk aku memahami sahabat-sahabatku. Dipilih untuk mengetuai meraka bukanlah 1 tugas yang mudah. Amanah yang diberi oleh rakan-rakan mana mungkin untuk ku persiakan. Cuma kadang-kadang terasa berat memikul tugas sebagai ketua. Tapi dengan adanya kawan-kawan yang menyokong aku dari belakang, membuatkan aku rasa bertenaga. Terima kasih kawan-kawan kerana selalu membantuku. Maaf ku pohon buat semua ahli 13th Legacy, kalau ada yg termarah, termaki, terkutuk, terkecil hati, tersedih, termakan, terminum. Aku cuba untuk berubah setiap hari. Alhamdulillah, aku sudah semakin keluar dar kepompong lama ku. Aku doakan agar kita semua berjaya untuk peperiksaan Y2B4 End-Block Exam dan juga 1st Professional Exam. Good Luck kawan-kawan. Semoga kita semua akan bertemu kembali pada tahun ke-3.
Salam. boss, mesti lepas ni kita semua akan rindu sangat2 dengan dr.2 BMS.
ReplyDeleteBoss, alamat blog saya dah tukar ke adilahrafiah.blogspot.com