Salam. maaf sebab lama sangat tak tulis blog. busy sgt dgn adaptation as suami org. hahaha. ramai yg x sangka, muda sgt khwn. baguslah kahwin muda compare dengan kapel2 ni. wallahualam. sedikit perkongsian untuk tatapan semua.
Aku mmg dah lama pasang niat nak kahwin masa belajar. nak buktikan yg perkahwinan ini tak mendatangkan banyak beban semasa belajar. dan aku nak buktikan yang student yang berkahwin masa belajar boleh cemerlang dalam akademik dan co-akademik.
skrg dah seminggu aku mendirikan rumah tangga dengan isteri yang amat aku cintai. perkenalan kami hanya melalui facebook. even semasa di CFSIIUM aku dah lama kenal dengan dia sewaktu kami sekelas dalam subjek CHEM3. kami hanya berhubung melalui media spt facebook,email,sms. kami tak pernah berjumpa,call,bercakap. even masa aku dtg umah dia aku langsung x pandang muka dia. takut nnt aku akan bermain dengan perasaan. aku mula melamarnya dengan 1 kata2 aku pinjam dari seseorang yang pernah melamar aku sebelum itu tapi aku tolak atas sebab2 tertentu. aku hanya berkata " akak (sebab dia 21thn, aku baru 20), izinkan aizat letak nama akak dalam list istikarah aizat." aku terus menerus melakukan istikarah sampai kadang2 mimpi aku tak kuar pun muka dia. tp azri pernah bgtau aku, xsemestinya kena mimpi baru tau itu petunjuk. kdg2 jalan menuju kearah itu pun apabila mudah merupakan salah satu petunju. dan ternyata jalan aku kearah penikahan sangat mudah. aku di senangi ibu bapanya, alhamdulillah. segala perjalanan mudah. mmg aku bersyukur sgt2.
apa yang boleh aku kongsi adalah selalu bergantung harap pada Allah. solat hajat,tahajjud,dhuha jgn lupa. doa semestinya pasti. dan niat kahwin mestilah betul, kerana beribadat kepada Allah Taala.
Alhamdulillah selepas kahwin rezeki murah. barang2 seperti washing machine, tv, pinggan2 dsb ada orang bagi. mmg aku bersyukur sgt2. ditambah pulak isteriku seorang yg amat manja and banyak cerita memeriahkan lagi hidupku.
jadi apa tunggu lagi, nikah sunnah rasulullah. JOM NIKAH...hehehe
No comments:
Post a Comment