About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Wednesday, September 26, 2012

suatu malam yg gelap

aku terima panggilan dari seorang senior (skrg dh MO)

senior: hello, assalamualaikum
aku: waalaikumussalam
senior: ni abg ________
aku: owh.
senior: tgh buat apa?
aku: tgh study. nak exam jumaat ni. elementary psychiatric.
senior: study???tak payah study lah. sume fail. (sambil gelak)
aku: ????????
senior: tak pe2. study2. bagus tu.

PATAH semangat aku nak study. ha3.

Study la walaupun failure rate tinggi.
cume jgn teruk sgt fail nye.



penjelasan hadis lidah kelu tak diam ketika azan

assalamualikum, saya sering mendapati dalam web2 satu hadis yg berbunyi
''"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
adakah hadis ini sahih?
----- al- jawab:
Wa’alaikumussalam warah matullah.
Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang haram. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW dan para sahabat baginda sendiri yang pernah bercakap ketika azan.

A) Status Hadis yang ditanya:
Berkenaan Hadis yang ditanya ianya adalah TIDAK SAHIH (samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij (setakat pencarian saya, saya tidak menjumpai hadis ini), malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil Sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-cakap ketika azan.

Selain itu antara tanda lain yang menunjukkan hadis ini adalah Tidak Sahih adalah ia memberi ancaman yang besar dan berat atas kesalahan yang kecil (yang merupakan ciri-ciri umum hadis Dhaif dan Palsu), iaitu dalam kes ini ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan, maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir maut, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja.

Malah Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang fiqh ada meletakkan bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ dalam kitab Sahihnya, dan dalam bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ ini Imam Bukhari memasukkan hadis-hadis dan athar-athar yang menunjukkan bolehnya bercakap-cakap ketika azan iaitu:

1) تَكَلَّمَ سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ فِي أَذَانِهِ
Maksudnya: Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang (berkata-kata) sewaku ia mengumandangkan azan – athar (tanpa sanad) riwayat al-Bukhari dalm Sahihnya, bab ‘’berkata-kata dalam azan’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’dikeluarkan (secara penuh dengan sanad) oleh al-Bukhari dalam kitab Tarikhnya dan sanadnya Sahih’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’ , Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jilid 2, m/s 419, dan Tarikh al-Kabir oleh Bukhari, hadis no. 358)

2) قَالَ الْحَسَنُ لَا بَأْسَ أَنْ يَضْحَكَ وَهُوَ يُؤَذِّنُ
Maksudnya: berkata al-Hasan ‘’tidak mengapa jika muazzin ketawa ketika azan.’’ – athar riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketikaAzan’’. Berkata Ibn Rajab ‘’daripada Rabi’ bin Sobih dari al-Hasan katanya: tidak mengapa berkata-kata ketika azan dengan hajat’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’aku tidak melihat ia mausul’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, Fathul Bari oleh Ibn Rajab, jld 4, m/s 224, dan Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jld 2, m/s 419)

3) عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍفِي يَوْمٍ رَدْغٍ فَلَمَّا بَلَغَ الْمُؤَذِّنُ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ فَأَمَرَهُ أَنْ يُنَادِيَ الصَّلَاةُ فِي الرِّحَالِ فَنَظَرَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَقَالَ فَعَلَ هَذَا مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ وَإِنَّهَا عَزْمَةٌ
Maksudnya: dari Abdullah bin Harits berkata, "Ibnu Abbas pernah berkhutbah di hadapan kami semua pada suatu hari yang hujan berlumpur. Ketika muazzin mengumandangkan azan sampai pada lafaz, 'Hayya 'alash shalaah', maka Ibnu Abbas menyuruh orang yang azan itu supaya berseru, Ash-shalaatu fir-rihaal 'Shalat dilakukan di tempat kediaman masing-masing!'.' (Dalam satu riwayat: Ibnu Abbas berkata kepada muadzinnya pada hari hujan, "Apabila engkau selesai mengucapkan, 'Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, maka janganlah kamu ucapkan, 'Hayya 'alash shalaah', tetapi ucapkanlah, "Shalluu fii buyuutikum"). Maka, orang-orang saling melihat satu sama lain (seakan-akan mengingkari tindakan Ibnu Abbas itu). Ibnu Abbas berkata, "Nampaaknya kamu semua mengingkari perbuatan ini? Hal ini sudah pernah dilakukan oleh orang yang jauh lebih baik daripada muazzinku ini (dan dalam satu riwyat: daripada aku, yakni orang yang lebih baik itu adalah Nabi saw.). Sesungguhnya solat (dalam satu riwayat: Jumaat) itu adalah sebuah ketetapan, tetapi aku tidak suka mengeluarkan kalian (dan dalam satu riwayat: aku tidak ingin mempersalahkan kalian, sehingga kalian datang sambil berlumuran tanah. Dalam satu riwayat: lantas kalian berjalan di tanah dan lumpur) seperti ke ladang kalian.'" – hadis riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, hadis no. 581

Hadis dan athar-athar diatas jelas menunjukkan fiqh bagi Imam Bukhari sendiri adalah boleh berkata-kata ketika azan.

Jika hadis yang menyatakan sesiapa yang berkata-kata ketika azan, lidahnya akan kelu ketika maut adalah sahih kenapa imam Bukhari tidak memasukkan hadis ini dalam kitab Sahihnya sedangkan (sekiranya ia sahih) ia adalah hadis hukum dan hadis utama dalam hal yang mengharamkan berkata-kata ketika azan? Akan tetapi beliau memasukkan hadis dan athar yang menunjukkan tidak salah dan boleh berkata-kata ketika azan? Dan Imam Bukhari tidak meletakkan satupun hadis atau bab yang melarang berkata-kata ketika azan? siapakah yg paling pakar dalam bidang hadis selain imam Bukhari??...

Bukan setakat imam Bukhari, malah kesemua kitab-kitab hadis susunan Imam-imam hadis Salaf tidak meletakkan hadis-hadis atau bab khas tentang pengharaman berkata-kata ketika azan, akan tetapi yang ada adalah sebaliknya.

Sebagai contoh dalam Kitab Muwattho’ Imam Malik yang merupakan kitab Hadis yang paling Sahih sebelum munculnya Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, ada memuatkan sebuah hadis Sahih yang menunjukkan bahawa para Sahabat pernah berkata-kata ketikaAzan iaitu:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ
Maksudnya: adalah mereka para Sahabat pada zaman Umar al-Khattab, menunaikan solat sunat (mutlak) pada hari jumaat (di masjid) sehinggalah Umar masuk ke masjid, dan apabila Umar masuk ke masjid beliau duduk di atas mimbar, lalu muazzin pun melaungkan azan, kata Tsalabah ‘’ mendengar akan azan itu, maka kami para sahabat pun berhenti solat sunat (mutlak) dan duduk bersembang-sembang (bercakap-cakap) ketika azan, apabila telah muazzin telah senyap (iaitu selesai azan) maka Umar pun naik ke mimbar untuk berkhutbah maka kami para sahabat pun lantas diam (berhenti bersembang) dan tiada seorangpun antara kami yang bercakap-cakap lagi selepas itu (kerana berkata-kata ketika khutbah adalah terlarang) – hadis sahih riwayat Imam Malik dalam Muwattho, hadis no. 215

Kesimpulan: dengan hujah-hujah diatas maka jelas bahwa hadis berbunyi: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya” adalah TIDAK SAHIH (DHAIF atau PALSU) dan menyebarkannya adalah suatu DUSTA kepada Nabi SAW.

B) Hukum menjawab Azan:
Imam Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut:
وَاعْلَمْ أَنَّهُ يُسْتَحَبّ إِجَابَة الْمُؤَذِّن بِالْقَوْلِ مِثْل قَوْله لِكُلِّ مَنْ سَمِعَهُ مِنْ مُتَطَهِّر وَمُحْدِث وَجُنُب وَحَائِض وَغَيْرهمْ مِمَّنْ لَا مَانِع لَهُ مِنْ الْإِجَابَة فَمِنْ أَسْبَاب الْمَنْع أَنْ يَكُون فِي الْخَلَاء ، أَوْ جِمَاع أَهْله ، أَوْ نَحْوهمَا
"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azanialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..." (rujuk Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid 2, m/s 111, syarah hadis no. 578)

Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut :
وَقَدْ اُخْتُلِفَ فِي وُجُوبِ الْإِجَابَةِ فَقَالَ بِهِ الْحَنَفِيَّةُ ، وَأَهْلُ الظَّاهِرِ وَآخَرُونَ ، وَقَالَ الْجُمْهُورُ : لَا يَجِبُ ، وَاسْتَدَلُّوا { بِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ مُؤَذِّنًا فَلَمَّا كَبَّرَ قَالَ : عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَلَمَّا تَشَهَّدَ ، قَالَ : خَرَجْت مِنْ النَّارِ } أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ . قَالُوا : فَلَوْ كَانَتْ الْإِجَابَةُ وَاجِبَةً لَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ ، فَلَمَّا لَمْ يَقُلْ دَلَّ عَلَى أَنَّ الْأَمْرَ فِي حَدِيثِ " أَبِي سَعِيدٍ " لِلِاسْتِحْبَابِ
"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan…. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..." (rujuk Subulas Salam, as-Son’ani, bab ‘’apa yang dikata pabila mendengar azan’’, jilid 1, m/s 428)

C) Hukum bercakap-cakap ketika Azan:
Para Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum bercakap-cakap ketika azan samada ia dibolehkan (tiada masalah) atau ianya adalah makruh.

1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh…”.

3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)

Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan berkata-kata ketika azan selama mana menjaga adab-adab ketika mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan ianya tertegah.

Namun, yang penting dan perlu difahami adalah tiada fuqaha’ yang menyatakan haram berkata-kata ketika azan dan tiada juga yang menyatakan bahawa lidah akan menjadi kelu ketika maut sekiranya tidak diam ketika azan

D) Adab mendengar Azan:
Adab mendengar azan adalah dengan menjawab azan dan membaca doa serta salawat selepas azan sebagaimana yang telah diajarkan Nabi SAW dalam hadis-hadis sahih, dalilnya:

Dalil menjawab azan:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ
Maksudnya: dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakan muazzin – hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 576, bab ‘’apa yang dikata apabila mendengar azan’’

Dalil berdoa dan salawat selepas azan
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang berkata apabila mendengar seruanazan (akan doa)- allahumma rabba hazihi da’watittammati wassola til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtah- diberikan syafaat olehku pada hari kiamat- hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 579, bab ‘’doa ketika azan’’

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ
Maksudnya: dari Abdullah bin Amru bin al-Ash, sesungguhnya mendengar Nabi SAW bersabda: “apabila kamu mendengar azanmaka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakannya dan kemudian bersalawatlah padaku….” – hadis riwayat Muslim, hadis no. 577, bab ‘’dianjurkan menjawab azan seperti yang dikatakan muazzin dan kemudian bersalawat pada Nabi dan memohon kepada Allah akan wasilah kepada Nabi”

Sekian, wallah-hu-‘alamFathi utk AFN9 Ogos 2008
----------------- Rujukan:
1) Sahih Bukhari, Muhammad ibn Ismail, www.al-islam.com 2) Sahih Muslim, Muslim al-Hajjaj, www.al-islam.com 3) Muwattho, Malik ibn Anas, www.al-islam.com 4) Fathul Bari, Ibn Hajar al-Asqalani, www.al-islam.com5) Fathul Bari, Ibn Rajab al-Hanbali, dorar.net & www.ahlalhdeeth.com 6) Syarah Sahih Muslim, al-Nawawi, www.al-islam.com7) Subulas Salam, as-Son’ani, www.al-islam.com8) Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar al-Asqalani, www.shamela.ws

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=619&highlight=lidah+azan

kenangan PJ TAARUF WEEK.....

24 Mei 2009-3.00pm: Hari ini aku kembali semula ke CFSIIUM, kembali m’ingtkn aku kpd kenanganku sms TAARUF WEEK sbg peserta n sbg committee. Hari ini aku m’hntr adikku adli m’dftr. Dia ditwrkn kursus sains kemanusiaan (Human sciences). Dia sgt x sbr utk m’dftr di CFSIIUM, aku pun x tau apa yg menarik kat sana. Apa pun semoga dia b’jaya m’bawa hrpn mama n ayah. Segalanya berjalan lancar. Dia sgt happy. xda masalah yang timbul. Aku b’jumpa kembali dgn geng medcy yang lain. Nasrul@yb, rashidah@rara, asyrafuddin@syrup, atif dan muntaqin. Semuanya sihat n gembira dgn tugas masing2. Yb dengan gaya seperti pengulas sukan menjadi pengacara semasa pendaftaran, rara duk jaga KC, syrup n atif tengah duk melepak je. Aku sempat la berborak dgn diorg. Jmpa rara siap bagi lagu wonderpets, hahaha mmg 1 kpala dgn die.
Aku sempat gak jmpe mmbr2 aku cam roy, nape, swing, n seorang budak ni yg adik die pun masuk gak uia same course dgn adik aku. Emm mmg blur la si budak tu, tnye aku mcm2. Yela die prmpn adik die yg nak masuk tu lelaki. So cam kelam kabut la. Sape yg terasa minta maaf ek. Hahaha. Aku berangkat pulang jam 6.20pm.
Namun aku nak share la pngalaman aku mase mula2 daftar. Aku dpt 2 offer, jpa wat twinning prog kat IMU n uia. So cam ntah aku x ksh sgt pun mane2. IMU cam agak ramai non-bumi so cam payah la nak hidup. So aku tekadkan hati daftr kat uia. Semasa smpi tu aku la yg paling otai skali rasenye. Org lain baju sume smart2. Aku ni dgn baju berkedut2 skit, lengan lipat, xpki tie mmg cam org baru masuk pekan. Aku rileks je. Daftar sume ok. Xda masalah. Sampai la aku pergi buka akaun kat seminar room. Disitu kisah lawak ku bermula. Aku tinggalkn taaruf kit kat satu kerusi, bdk2 uia tau la ape tu taaruf kit. So lepas dah settle sume aku pun amik balik taaruf kit tu. Tetiba da dua beg, nak cpt punye pasal aku main amik je. Xpikir pun. Lepas tu aku check in. xbyk brng pun. Adik aku pergh mama beli mcm2. Aku tinggal cam tu je. Hahaha. Aku pun mula berkemas. Pastu tgh elok2 nak buka taaruf kit aku t’kejut. Nak tau nape?? Dalam tu ada tudung, baju kurung batik n baju t-shirt utk sister. Hah terkejut aku. Aku ingt committee silap bagi. Aku pun pulangkn blk n amik yg baru. Tp aku explore lagi dlm beg tu. Tetibe kuar la buku, aku bace tgk name sister. Tp aku xingt lah sape, just ingt course die LAW. Da no hp tp cam malas plak nak amik. Hahaha. Pastu aku pi la jmpe committee sister minta pulangkn beg tu. Beg aku langsung xdpt balik.
Emm sepanjang taaruf mmg bosan la. Briefing, nyanyi lagu cfs tu je. Mase kat lhb la tu je yg best. Ade akak yg mmg semngt. Die ckp berusaha, kami dgr cam rusa, so panggil akak tu akak rusa. Yg lain kena basuh sbb nyanyi xsmgt tu dah biase. Kne basuh malam tu dgn senior pun ok. Senior pun kena balik. Hahaha. Da cultural night da pelajar gombak wat drama. Mmg menarik. Citer pasal najwa dgn sape ntah. Liku2 hidup kat cenfos. Overall ok la.
Mase aku jadi committee mmg memenatkan. Baru ku sedar mmg payah nk kawal budak2 baru masuk. Mase induction course best la gak. Aku bwh biro RDW, residential, discipline n welfare. Mse induction da explore race. Biro aku dpt no 1. Mmg kitorg smgt gile2. Hahaha. Pastu da la sesi x puas ati dgn asstnt manager taaruf. Sume kuarkan perasaan x puas ati. Pergh aku plak blh wat hal. Aku tgh main2 hp as’ad. Hp die ade tv. Pastu aku buka la. Org duk kena basuh senyap je. Aku wat hal cam haram je. Aku buka tv xde siaran, tp bunyi die memecah kesunyian kat amf. Pergh sume pndg kat aku. Mmg aku cover line. Bagi balik kat as’ad suh die tutup. Hahaha mmg aku skew at masalah.
Hari yg aku tunggu tiba. Bdk2 baru pun masuk. Emm sume ok je. Xde masalah. Masalah cam bilik kotor, pintu rosak bese la. Aku kne in charge UKC2. Hahaha. Mcm2 ragam parents n student. Abz registration kmi pun siap2 nak kumpulkan bdk2 ni dpn padang. Mmg mase taaruf tu suara aku je dgr spjg minggu tu. Attention to all students please to be reminded that bla bla bla bla. Camtu la lebih kurang. Da 1 hari aku xchat mmg penat gile2. Selsema n demam. Tp utk adik2 aku bersemangat. Hari ke-3 mmg pngalaman manis, headcom utk biro aku, azri da persembahn mlm tu. Aku pun di minta utk take over as caretaker headcom. Pergh lagi pening kpala aku. Sume decision aku kne wat sendiri. Nak decide turun bile, naik bile. Tp yg best dpt main walkie talkie. Hahaha seronok. Nyanyi gune benda tu cam kanak2 ribena. Students x chat, tgn luka, pengsan dah bese dah. Mmg seronok n x kan aku lupakan sampai bile2. So utk adik2 yg akan berjuang di cenfos, jaga diri, be urself n jgn t’ikut2 dgn budaya yg x elok kat sane. iAllah berjaya. Xpayah la nk pkr2 nk ade awek ke bf ke, buang mase n wat korg kecewa. Just kalo dah betul jmpe parents n kawen je. Tp pastikan parents die betul2 stuju. Kalo x payah. Ni pengalaman aku la. Ok chow.

Saturday, September 22, 2012

Jauhi Bid'ah

Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan:

Di sana sebahagian ulama membahagikan bidah kepada: Hasanah dan Saiyiah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bidah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah.

Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syarii pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bidah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya. Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bidah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bidah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan).

Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bidah wajib dan sebagai fardu kifayah.

Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bidah hasanah. Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bidah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bidah adalah bidah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bidah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bidah. Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bidah itu dholalah (menyesatkan)."

Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bidah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bidah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya...." Pembahagian sebegini adalah tidak perlu.

Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya: "Maka sesungguhnya setiap bidah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bidah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi: "Bidah ialah jalan di dalam agama yang direka-reka/diada-adakan." Iaitu yang tidak ada asal-usulnya dari syarak, tidak juga dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas, mashlahah mursalah dan tiada di kalangan fuqaha yang menyatakan dalil mengenainya.

Monday, September 17, 2012

Pilihan raya Kampus 2012/2013

Pilihan Raya Kampus 2012 UIAM Kampus Kuantan.

Harap2 ada pertandingan.
Tahun 2010 - Tak dapat mengundi sebab kami year 1 mase tu tgh cuti interblock.
Tahun 2011 - Tak dapat mengundi sebab tiada pertandingan. Menang tanpa bertanding.
Tahun 2012 - harap2 adalah pertandingan.

Kat Kuantan tak sama mcm di Gombak. Pro-M & Aspirasi sgt kuat. Tapi di Kuantan, pertandingan neutral. lebih kepada individu sendiri.

Semoga SRC yg terpilih nanti dpt menjalankan tugas dgn baik.