assalamualikum, saya sering mendapati dalam web2 satu hadis yg berbunyi
''"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
adakah hadis ini sahih?
----- al- jawab:
Wa’alaikumussalam warah matullah.
Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang haram. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW dan para sahabat baginda sendiri yang pernah bercakap ketika azan.
A) Status Hadis yang ditanya:
Berkenaan Hadis yang ditanya ianya adalah TIDAK SAHIH (samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij (setakat pencarian saya, saya tidak menjumpai hadis ini), malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil Sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-cakap ketika azan.
Selain itu antara tanda lain yang menunjukkan hadis ini adalah Tidak Sahih adalah ia memberi ancaman yang besar dan berat atas kesalahan yang kecil (yang merupakan ciri-ciri umum hadis Dhaif dan Palsu), iaitu dalam kes ini ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan, maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir maut, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja.
Malah Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang fiqh ada meletakkan bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ dalam kitab Sahihnya, dan dalam bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ ini Imam Bukhari memasukkan hadis-hadis dan athar-athar yang menunjukkan bolehnya bercakap-cakap ketika azan iaitu:
1) تَكَلَّمَ سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ فِي أَذَانِهِ
Maksudnya: Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang (berkata-kata) sewaku ia mengumandangkan azan – athar (tanpa sanad) riwayat al-Bukhari dalm Sahihnya, bab ‘’berkata-kata dalam azan’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’dikeluarkan (secara penuh dengan sanad) oleh al-Bukhari dalam kitab Tarikhnya dan sanadnya Sahih’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’ , Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jilid 2, m/s 419, dan Tarikh al-Kabir oleh Bukhari, hadis no. 358)
2) قَالَ الْحَسَنُ لَا بَأْسَ أَنْ يَضْحَكَ وَهُوَ يُؤَذِّنُ
Maksudnya: berkata al-Hasan ‘’tidak mengapa jika muazzin ketawa ketika azan.’’ – athar riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketikaAzan’’. Berkata Ibn Rajab ‘’daripada Rabi’ bin Sobih dari al-Hasan katanya: tidak mengapa berkata-kata ketika azan dengan hajat’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’aku tidak melihat ia mausul’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, Fathul Bari oleh Ibn Rajab, jld 4, m/s 224, dan Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jld 2, m/s 419)
3) عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍفِي يَوْمٍ رَدْغٍ فَلَمَّا بَلَغَ الْمُؤَذِّنُ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ فَأَمَرَهُ أَنْ يُنَادِيَ الصَّلَاةُ فِي الرِّحَالِ فَنَظَرَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَقَالَ فَعَلَ هَذَا مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ وَإِنَّهَا عَزْمَةٌ
Maksudnya: dari Abdullah bin Harits berkata, "Ibnu Abbas pernah berkhutbah di hadapan kami semua pada suatu hari yang hujan berlumpur. Ketika muazzin mengumandangkan azan sampai pada lafaz, 'Hayya 'alash shalaah', maka Ibnu Abbas menyuruh orang yang azan itu supaya berseru, Ash-shalaatu fir-rihaal 'Shalat dilakukan di tempat kediaman masing-masing!'.' (Dalam satu riwayat: Ibnu Abbas berkata kepada muadzinnya pada hari hujan, "Apabila engkau selesai mengucapkan, 'Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, maka janganlah kamu ucapkan, 'Hayya 'alash shalaah', tetapi ucapkanlah, "Shalluu fii buyuutikum"). Maka, orang-orang saling melihat satu sama lain (seakan-akan mengingkari tindakan Ibnu Abbas itu). Ibnu Abbas berkata, "Nampaaknya kamu semua mengingkari perbuatan ini? Hal ini sudah pernah dilakukan oleh orang yang jauh lebih baik daripada muazzinku ini (dan dalam satu riwyat: daripada aku, yakni orang yang lebih baik itu adalah Nabi saw.). Sesungguhnya solat (dalam satu riwayat: Jumaat) itu adalah sebuah ketetapan, tetapi aku tidak suka mengeluarkan kalian (dan dalam satu riwayat: aku tidak ingin mempersalahkan kalian, sehingga kalian datang sambil berlumuran tanah. Dalam satu riwayat: lantas kalian berjalan di tanah dan lumpur) seperti ke ladang kalian.'" – hadis riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, hadis no. 581
Hadis dan athar-athar diatas jelas menunjukkan fiqh bagi Imam Bukhari sendiri adalah boleh berkata-kata ketika azan.
Jika hadis yang menyatakan sesiapa yang berkata-kata ketika azan, lidahnya akan kelu ketika maut adalah sahih kenapa imam Bukhari tidak memasukkan hadis ini dalam kitab Sahihnya sedangkan (sekiranya ia sahih) ia adalah hadis hukum dan hadis utama dalam hal yang mengharamkan berkata-kata ketika azan? Akan tetapi beliau memasukkan hadis dan athar yang menunjukkan tidak salah dan boleh berkata-kata ketika azan? Dan Imam Bukhari tidak meletakkan satupun hadis atau bab yang melarang berkata-kata ketika azan? siapakah yg paling pakar dalam bidang hadis selain imam Bukhari??...
Bukan setakat imam Bukhari, malah kesemua kitab-kitab hadis susunan Imam-imam hadis Salaf tidak meletakkan hadis-hadis atau bab khas tentang pengharaman berkata-kata ketika azan, akan tetapi yang ada adalah sebaliknya.
Sebagai contoh dalam Kitab Muwattho’ Imam Malik yang merupakan kitab Hadis yang paling Sahih sebelum munculnya Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, ada memuatkan sebuah hadis Sahih yang menunjukkan bahawa para Sahabat pernah berkata-kata ketikaAzan iaitu:
أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ
Maksudnya: adalah mereka para Sahabat pada zaman Umar al-Khattab, menunaikan solat sunat (mutlak) pada hari jumaat (di masjid) sehinggalah Umar masuk ke masjid, dan apabila Umar masuk ke masjid beliau duduk di atas mimbar, lalu muazzin pun melaungkan azan, kata Tsalabah ‘’ mendengar akan azan itu, maka kami para sahabat pun berhenti solat sunat (mutlak) dan duduk bersembang-sembang (bercakap-cakap) ketika azan, apabila telah muazzin telah senyap (iaitu selesai azan) maka Umar pun naik ke mimbar untuk berkhutbah maka kami para sahabat pun lantas diam (berhenti bersembang) dan tiada seorangpun antara kami yang bercakap-cakap lagi selepas itu (kerana berkata-kata ketika khutbah adalah terlarang) – hadis sahih riwayat Imam Malik dalam Muwattho, hadis no. 215
Kesimpulan: dengan hujah-hujah diatas maka jelas bahwa hadis berbunyi: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya” adalah TIDAK SAHIH (DHAIF atau PALSU) dan menyebarkannya adalah suatu DUSTA kepada Nabi SAW.
B) Hukum menjawab Azan:
Imam Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut:
وَاعْلَمْ أَنَّهُ يُسْتَحَبّ إِجَابَة الْمُؤَذِّن بِالْقَوْلِ مِثْل قَوْله لِكُلِّ مَنْ سَمِعَهُ مِنْ مُتَطَهِّر وَمُحْدِث وَجُنُب وَحَائِض وَغَيْرهمْ مِمَّنْ لَا مَانِع لَهُ مِنْ الْإِجَابَة فَمِنْ أَسْبَاب الْمَنْع أَنْ يَكُون فِي الْخَلَاء ، أَوْ جِمَاع أَهْله ، أَوْ نَحْوهمَا
"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azanialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..." (rujuk Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid 2, m/s 111, syarah hadis no. 578)
Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut :
وَقَدْ اُخْتُلِفَ فِي وُجُوبِ الْإِجَابَةِ فَقَالَ بِهِ الْحَنَفِيَّةُ ، وَأَهْلُ الظَّاهِرِ وَآخَرُونَ ، وَقَالَ الْجُمْهُورُ : لَا يَجِبُ ، وَاسْتَدَلُّوا { بِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ مُؤَذِّنًا فَلَمَّا كَبَّرَ قَالَ : عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَلَمَّا تَشَهَّدَ ، قَالَ : خَرَجْت مِنْ النَّارِ } أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ . قَالُوا : فَلَوْ كَانَتْ الْإِجَابَةُ وَاجِبَةً لَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ ، فَلَمَّا لَمْ يَقُلْ دَلَّ عَلَى أَنَّ الْأَمْرَ فِي حَدِيثِ " أَبِي سَعِيدٍ " لِلِاسْتِحْبَابِ
"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan…. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..." (rujuk Subulas Salam, as-Son’ani, bab ‘’apa yang dikata pabila mendengar azan’’, jilid 1, m/s 428)
C) Hukum bercakap-cakap ketika Azan:
Para Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum bercakap-cakap ketika azan samada ia dibolehkan (tiada masalah) atau ianya adalah makruh.
1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.
2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh…”.
3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)
Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan berkata-kata ketika azan selama mana menjaga adab-adab ketika mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan ianya tertegah.
Namun, yang penting dan perlu difahami adalah tiada fuqaha’ yang menyatakan haram berkata-kata ketika azan dan tiada juga yang menyatakan bahawa lidah akan menjadi kelu ketika maut sekiranya tidak diam ketika azan
D) Adab mendengar Azan:
Adab mendengar azan adalah dengan menjawab azan dan membaca doa serta salawat selepas azan sebagaimana yang telah diajarkan Nabi SAW dalam hadis-hadis sahih, dalilnya:
Dalil menjawab azan:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ
Maksudnya: dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakan muazzin – hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 576, bab ‘’apa yang dikata apabila mendengar azan’’
Dalil berdoa dan salawat selepas azan
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang berkata apabila mendengar seruanazan (akan doa)- allahumma rabba hazihi da’watittammati wassola til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtah- diberikan syafaat olehku pada hari kiamat- hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 579, bab ‘’doa ketika azan’’
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ
Maksudnya: dari Abdullah bin Amru bin al-Ash, sesungguhnya mendengar Nabi SAW bersabda: “apabila kamu mendengar azanmaka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakannya dan kemudian bersalawatlah padaku….” – hadis riwayat Muslim, hadis no. 577, bab ‘’dianjurkan menjawab azan seperti yang dikatakan muazzin dan kemudian bersalawat pada Nabi dan memohon kepada Allah akan wasilah kepada Nabi”
Sekian, wallah-hu-‘alamFathi utk AFN9 Ogos 2008
----------------- Rujukan:
1) Sahih Bukhari, Muhammad ibn Ismail, www.al-islam.com 2) Sahih Muslim, Muslim al-Hajjaj, www.al-islam.com 3) Muwattho, Malik ibn Anas, www.al-islam.com 4) Fathul Bari, Ibn Hajar al-Asqalani, www.al-islam.com5) Fathul Bari, Ibn Rajab al-Hanbali, dorar.net & www.ahlalhdeeth.com 6) Syarah Sahih Muslim, al-Nawawi, www.al-islam.com7) Subulas Salam, as-Son’ani, www.al-islam.com8) Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar al-Asqalani, www.shamela.ws
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=619&highlight=lidah+azan
About Me
- aizat nasri
- 1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)
Saturday, November 27, 2010
Friday, November 19, 2010
NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE
Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.
Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA.

Sunday, November 14, 2010
BAHAYA TIDOQ LEPAS SUBOH...UTK SAYA DAN KAWAN2..:)
Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullahmengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
Tidur ketika perlu tidur.
Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
BAHAYA TIDUR PAGI
[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Di petik dari rumaysho.com.

Subscribe to:
Posts (Atom)