About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Friday, May 14, 2010

Hukum sambutan hari lahir

Ramai yang tidak tahu apakah hukum menyambut hari lahir ini. Saya hanya berkongsi apa-apa bacaan yang telah saya buat. Jadi kawan-kawan bolehlah fikirkan kebenarannya...

1) Mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul). Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia.

Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan masyarakat. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.

Wallahu A’lam.
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/11/hukum-menyambut-hari-lahir.html

2)Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

http://haizan0406.blogspot.com/2010/01/hukum-menyambut-hari-jadi-dan-hukum.html

3) Bismillah

1. Boleh. Rasulullah sendiri berpuasa setiap hari Isnin bagi menyambut hari kelahirannya. Malah kita digalakkan mengingati nikmat yang Allah berikan kepada kita. Asalkan tidak dilakukan dengan cara-cara yang melanggar syara'

2. Terpulanglah anda ingin mengikut kalendar yang bagaimana pun. Akan tetapi tentu sekali mengikut kalendar Hijri lebih baik bagi mengingatkan kita dan masyarakat kepada kalendar Hijri yang kian ditinggalkan

3. Boleh. Oleh kerana itu, tiada dosa jika disambut atau diucapkan doa-doa yang baik bagi yang menyambutnya, selagi tidak dilakukan perkara yang melanggar syara'.

salam..
spt kate saudari hafizahkadir, acara tiup lilin seumpama e2 dcipta 0leh kafir laknatullah(sy x sure yhdi @ ape..wallahualam). bagi c kafir e2, lilin tsbt diibaratkn ugama islam..dan mgapa ia dtiup? se0lah-olah mreka bniat mmusnahkan 'cahaya' islam.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=2847

sume ni pendapat yang saya ambil dari pembacaan di internet...secara rumusan nya kita boleh sambut dengan berlandaskan Islam seperti berdoa dan sebagainya. Hal ini juga sekadar sambutan biasa tiada kaitan dengan agama. jadi lihat la pendapat di atas dan saudara kaji la. bagi saya tak jadi masalah hanya sekadar untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Sekian...

Tuesday, May 4, 2010

Renungan buat 13th Legacy

Salam, aku harap kawan-kawan dapat ambil iktibar terhadap apa yang berlaku pada batch kita. Bak kata Prof Pakeer, "A thieve when he realize his mistake, he can be the best people." Kawan-kawan jadikanlah pengajaran dari apa yang telah kita lalui. Mari kita bangkit semula. Seperti contoh aku bagi pagi tadi. Dalam pertandingan larian 100m ada 1 situasi "fault start" di mana apabila ada pelari yang mula berlari sebelum tembakan permulaan. Amaran diberikan pada semua pelari dan bukan hanya pada pelari yang membuat kesalahan. Namun apabila perlumbaan bermula, mereka bersungguh untuk satu target, menang perlumbaan itu. Tapi aku tak nak 1 pemenang sahaja. Aku mahu kita semua menjadi pemenang dalam perlumbaan ini. Ingat ini adalah amaran terakhir buat kita. Dan jadikan ini sebagai pemangkin untuk kita buktikan kita mampu jadi batch yang TERBAIK!!!!!TAKBIR!!!!!