About Me

My photo
1. sekolah kebangsaan batu gajah melaka (1996-2001) 2. sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi (2002-2004) 3. sekolah menengah sains selangor (2005-2006) 4. centre for foundation studies iium petaling jaya (2007-2009) 4. iium kuantan campus (2009-2014 insyaAllah)

Tuesday, February 16, 2010

Bila nak kuar result ni?

Emm dah masuk sebulan dah tak kuar juga result. geram betul. xda semangat aku nak study. duk main2 je block ni. harap2 kuar la result dlm week ni. tolong la dah tak sanggup nak tunggu.

Monday, January 18, 2010

Cuti End Block...

Salam, lama rasanya aku tak update blog aku ni..busy sgt kut smpi xda masa..hahaha..emm sampai shake pun bising nape la tak update blog ni kan..emm ok lah...aku tak ada apa nak share pun..just sepanjang perkahwinan yang aku lalui ni memang sangat la best..syukur sangat2 aku dikurniakan seorang isteri yg amat memahami aku..biarpun macam2 tomahan orang bagi tapi aku tetap tabahkan hati melayar kehidupan berumah tangga bersama isteri tersayang..

Biasala adat berumah tangga pasti ada pasang surut..berselisihan faham itu perkara biasa bahkan menjadikan kami lebih intim dan lebih memahami antara satu sama lain..ditambah pula dengan sokongan darrpada kedua belah keluarga..aku sangat bersyukur kepada Allah..cinta sejati yang selama ini aku cari telah aku temui..biarlah ini yang pertama dan terakhir..

aku nak share la..mmg kahwin ni betul2 murah rezeki..semua barang rumah yg aku beli hasil hadiah dan sumbangan daripada kawan,sedara mara,mama n ayah..perbelanjaan rumah semua lagi jimat berbanding masa aku bujang dulu..meh aku share perbelanjaan bulanan aku..
income for 6 months: rm11304 (jpa bagi,hahaha)
perbelanjaan: rumah 6xrm330= rm1980
bil&broadband 6xrm100 = rm600
yuran 2xrm1082= rm2164
minyak kereta 6xrm200 = rm1200
barang dapur 6xrm100 = rm600
buku rm500 = rm500

ada balance rm6240,bhagi la 2 antara aku dgn wife. dpt la kami sorang belanja rm520 sebulan..belum masuk support dari mama aku utk rumah..sungguh mmg murah rezeki kita kahwin..yg penting niat kahwin kerana Allah..

baru2 ni aku bawa wife aku ke kpg ku di perak..fuh kami tak kuar sesen pun..setiap kali nak balik je dpt la sikit rezeki Allah..alhamdulillah..syukur sgt..skrg aku di rumah mentua..mama,adik2 ipar tak ade..sume di kedah sebab sepupu wife aku meninggal..sebab kemalangan motor..ya Allah aku sedih sgt2 dengar cerita arwah..meninggal keseorangan dengan di gilis berkali2..semoga Allah merahmati arwah wajidi..so sape yg baca ni sedekahkan al-fatihah..

cerita lain, emm exam ari tu ok even aku bengang dengan pbl..hehe tp aku tawakal je..harap2 satu batch lulus..

ok la rasanye ni kut aku nak share..esk nak pi daftar mengundi..siap la aku dah boleh mengundi..hahaha hidup PAS, hidup ISLAM...

Wednesday, November 11, 2009

apa agaknya salah aku....

baru je sekejap tadi aku ym dengan man fauzi. die tnya nape dgn isteri aku. aku pun ckp la die x chat. sakit, demam. xpe la susah senang bersama isteri yang tersayang. borak punya borak tetiba man cakap kat aku die ada dgr2 suara sumbang org duk ckp pasal aku. aku pun tak faham apa lagi yg org tak puas ati dengan aku. ntah la. man ckp ade yg ckp aku ni kahwin sebab nak kapel, sebab nak halalkan benda yang tak halal sebelum kahwin. faham2 je la. emm aku pun tak tahu la nape. aku kahwin atas dasar kahwin ni sunnah rasulullah. jalan perkahwinan la cara yang terbaik untuk bercinta sesama manusia. Allah dah sediakan cara yang baik. jadi apa salah aku pilih cara ini. aku kahwin pun sebab byk kelebihan bila berkahwin ni. ntah la mulut org aku x boleh nak tutup. nak wat camne. org benci aku redha je la. dpt pahala percuma kan? tu pun org x puas hati saje biarkan diri kena kutuk sebab nak pahala free. semoga Allah ampunkan dosa2 mereka. sesungguhnya aku mmg amat menyayangi isteri aku.

Sunday, November 8, 2009

lama dah tak tulis blog....

Salam. maaf sebab lama sangat tak tulis blog. busy sgt dgn adaptation as suami org. hahaha. ramai yg x sangka, muda sgt khwn. baguslah kahwin muda compare dengan kapel2 ni. wallahualam. sedikit perkongsian untuk tatapan semua.

Aku mmg dah lama pasang niat nak kahwin masa belajar. nak buktikan yg perkahwinan ini tak mendatangkan banyak beban semasa belajar. dan aku nak buktikan yang student yang berkahwin masa belajar boleh cemerlang dalam akademik dan co-akademik.

skrg dah seminggu aku mendirikan rumah tangga dengan isteri yang amat aku cintai. perkenalan kami hanya melalui facebook. even semasa di CFSIIUM aku dah lama kenal dengan dia sewaktu kami sekelas dalam subjek CHEM3. kami hanya berhubung melalui media spt facebook,email,sms. kami tak pernah berjumpa,call,bercakap. even masa aku dtg umah dia aku langsung x pandang muka dia. takut nnt aku akan bermain dengan perasaan. aku mula melamarnya dengan 1 kata2 aku pinjam dari seseorang yang pernah melamar aku sebelum itu tapi aku tolak atas sebab2 tertentu. aku hanya berkata " akak (sebab dia 21thn, aku baru 20), izinkan aizat letak nama akak dalam list istikarah aizat." aku terus menerus melakukan istikarah sampai kadang2 mimpi aku tak kuar pun muka dia. tp azri pernah bgtau aku, xsemestinya kena mimpi baru tau itu petunjuk. kdg2 jalan menuju kearah itu pun apabila mudah merupakan salah satu petunju. dan ternyata jalan aku kearah penikahan sangat mudah. aku di senangi ibu bapanya, alhamdulillah. segala perjalanan mudah. mmg aku bersyukur sgt2.

apa yang boleh aku kongsi adalah selalu bergantung harap pada Allah. solat hajat,tahajjud,dhuha jgn lupa. doa semestinya pasti. dan niat kahwin mestilah betul, kerana beribadat kepada Allah Taala.

Alhamdulillah selepas kahwin rezeki murah. barang2 seperti washing machine, tv, pinggan2 dsb ada orang bagi. mmg aku bersyukur sgt2. ditambah pulak isteriku seorang yg amat manja and banyak cerita memeriahkan lagi hidupku.

jadi apa tunggu lagi, nikah sunnah rasulullah. JOM NIKAH...hehehe

Saturday, October 24, 2009

emm.......

dah lama dah tak taip blog ni. busy sangatlah. mcm2 nak kena buat. exam, cuti, dan lain2. tak tahu la nak taip apa. maybe dah tak ada idea kut. hahaha. 5 november tarikh penting buat rakyat perak. perbicaraan kes nizar yang akan disebut di mahkamah persekutuan. ternyata ini adalah usaha terakhir pejuang demokrasi di perak. lepas ni kalo si zambry tu tak berani nak bubar dun tak tahu la. kesian kat dia jadi MB tak da gaji. ish3. duit kerajaan negeri pun tak boleh kuarkan sebab kerajaan tak sah. so banyak projek terbengkalai. konon la banyak pembaharuan tapi 1 pun tak jalan. tak ada duit. kalo ada pun ihsan dari kerajaan persekutuan bn yang dipimpim 1 dirty malaysia. hahahaha. tak pe la. doakan keputusan berpihak pada pihak yang benar. pape pun akhir bulan ni sidang dun perak pulak diadakan. emm sidang ni terang2 tak sah. sebab speaker haram. ganesan tu ntah sape la lantik. siva kumar masih sah lagi ek. jangan la bawa undang2 rimba. bak kata zambry kan. 1 benda penting dalam hidup aku akan berlaku. just wait and see.